MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Peluang Terakhir Buat DBD, NSEA Dan THQ

ai hyprgame
Kongsi
Peluang Terakhir Buat DBD, NSEA Dan THQ

SEA Play-In 2022 kali ini akan menjadi peluang terakhir buat 3 legasi berbakat iaitu Don’t Break Dream (DBD), Negeri Sembilan Association (NSEA) dan Team Haq (THQ) untuk mengunci slot mereka ke SEA Final 2022 menemani pasukan Malaysia yang lain disana nanti.

Kredit : PUBG Mobile

SEA Play-In ini dijalankan selama 2 hari iaitu 3 September sehingga 4 September 2022 dimana hari pertama telah pun berlalu semalam dengan menyaksikan pasukan DBD mengungguli Top 1 di Overall Ranking SEA Play-In.

Ini merupakan satu permulaan yang baik buat DBD sendiri kerana berjaya meninggalkan pasukan besar daripada negara lain seperti BTR (Indonesia) di belakang mereka. Pasukan Vampire Esports daripada Thailand hampir merampas tahta Top 1 dengan 63 mata dan masih mempunyai nilai skor keseluruhan yang agak jauh dengan DBD sebanyak 75 mata.

Walaubagaimanapun, sayang sekali THQ di Top 9 dan NSEA masih berada di kedudukan yang tercorot, jauh daripada DBD. Untuk pengetahuan anda, slot ke SEA Finals 2022 masih mempunyai 3 kekosongan lagi dan kita mengharapkan pasukan Malaysia akan mengisi kekosongan tersebut.

SEA Play-In 2022 juga agak sengit kerana dibarisi oleh 16 pasukan daripada 5 region berbeza akan bersaing untuk melayakkan diri mereka mengunci slot ke PMPL SEA Championship Fall 2022.

Pasukan DBD, NSEA dan THQ masing-masing berada di Top 5 sehingga ke Top 7 di babak Country Finals baru-baru ini. Menerusi keputusan tersebut mereka diberikan peluang sekali lagi untuk mendapatkan slot mereka di SEA Finals 2022.

Adakah pasukan Don’t Break Dreams, TABAH NSEA, & Team HAQ daripad Malaysia berjaya untuk mengunci slot ke 2022 PMPL SEA Championship Fall kali ini? Kita lihat pertarungan hari terakhir SEA PLay-In yang akan berlangsung beberapa jam sahaja lagi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *