MEMUAT

Taip untuk mencari

Sukma 2022 Pertandingkan Kategori Esukan

ai hyprgame
Kongsi
Sukma 2022 Pertandingkan Kategori Esukan

Tidak lama lagi, Temasya Sukan Sukma Malaysia Ke-20 (SUKMA) akan membuka tirainya bermula pada 17 September sehingga 19 September 2022 ini.

Kredit : MSN Malaysia

Kejohanan ini juga adalah berketepatan dengan Hari Malaysia yang berlangsung pada 16 September 2022 nanti di ibu negara, Kuala Lumpur.

Selepas 2 tahun wabak Covid-19 melanda negara akhirnya acara ini akan diadakan dengan penuh meriah dan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia.

Menariknya selain sukan fizikal, Sukma Malaysia juga akan mempertandingkan kategori esukan iaitu Mobile Legends, Dota 2, dan juga Pro Evolutuon Soccer (PES 2020) – 1 VS 1 / 2 VS 2.

Menerusi sumber Utusan Online, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumul selaku Menteri Belia Dan Sukan pengumuman bahawa dianggarkan seramai lebih kurang 12,000 orang akan melibatkan diri di dalam acara ini termasuklah pegawai, atlet dan petugas temasya yang akan dilengkapi dengan penggunaan segala fasiliti seperti ketika Sukan SEA 2017. Malahan beliau juga sempat memberitahu yang anggaran kos bagi kedua temasya besar ini mencecah sehingga RM45 Juta.

Menerusi sumber Berita Harian, sebanyak 426 acara akan dipertandingkan yang merangkumi pelbagai kategori iaitu kategori lelaki, wanita, dan juga campuran. Manakala esukan pula dibawah kategori campuran (tidak mengira jantina) akan mencapai target untuk memberikan 5 Pingat Emas di SUKMA Malaysia 2022.

Kategori esukan bagi SUKMA Malaysia 2022 ini akan bertempat di Esports Business Network, Quill City Mall Kuala Lumpur ( juga berhampiran dengan lokasi kejohanan MPL MY) yang kini sedang berlangsung memasuki minggu ke-5. Anda juga boleh mengikuti info, berita dan maklumat lebih lanjut yang terkini SUKMA Malaysia 2022 menerusi akaun Facebook, Instagram dan Twitter Majlis Sukan Negara MSN. Teruskan bersama kami , Hyprgame untuk info-info menarik berkaitan aksi dan persembahan kategori esukan di SUKMA Malaysia 2022

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *