MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Farewell Madtoi Esok?

ai hyprgame
Kongsi
Farewell Madtoi Esok

Terdengar khabar angin dan spekulasi berhubung tentang keputusan Madtoi daripada pasukan Team Secret akan meninggalkan divisi tersebut pada hari esok.

Aekachai Areesanan atau dikenali sebagai Madtoi bagi pasukan Team Secret adalah pemain profesional PUBG Mobile yang berasal daripada Thailand.

Dia telah bersama Team Secret sejak April 2020 sehinggalah sekarang sebelum menyertai pasukan Illuminate Esports pada tahun 2019.

Antara pencapaian terbaiknya sepanjang bersama dengan Team Secret adalah menjuarai PUBG Mobile Pro League MY SG Season 1, PUBG Mobile Pro League MY SG Season 2 dan juga PMPL Southeast Asia Championship Season 4.

Terakhir sekali Team Secret sempat melayakkan diri ke Grand Final PMGC 2021 tetapi menduduki tempat yang agak tercorot di Top 12.

Baru-baru ini Madtoi telah memuatnaik satu hantaran di Instagram miliknya berkenaan overall ranking PMPL Fall Thailand 2022 yang baru sahaja tamat beberapa hari yang lalu. Video pendek tersebut nampaknya menfokuskan kepada 4 pasukan terbaik yang telah melayakkan diri mereka ke PMPL Southeast Asia Championship Fall 2022 dan 3 pasukan yang berada di Top 5 ke Top 7 yang akan bertarung sekali lagi di pusingan Play-In acara tersebut.

Untuk pengetahuan anda, The Infinity, FaZe Clan, Bacon Time, and Buriram United Esports adalah 4 pasukan terbaik di PMPL Fall Thailand 2022. Manakala Hail Esports, Vampire Esports, and TEM Entertainment adalah pasukan yang diberikan peluang kedua untuk melayakan diri mereka ke peringkat Play-In bagi mengunci slot mereka di PMPL Southeast Asia Championship Fall 2022.

Menerusi apa yang dilihat daripada Instagram Madtoi, dia nampaknya mempunyai begitu banyak memori bersama Thailand. Seolah-olah Madtoi merindui untuk bermain bersama Thailand. Malahan ada juga komen-komen positif daripada penyokong dan peminatnya yang mahukan Madtoi untuk membuat “comeback” semula.

Ini membuatkan ramai orang mencipta spekulasi dan andaian bahawa lelaki yang berdarah campuran German dan Thai ini akan mengucapkan selamat tinggal kepada Team Secret. Walaubagaimanapun setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkenaan mengenai sebab sebenar pengunduran Madtoi ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *