MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

OG Juarai ESL One Malaysia 2022

ai hyprgame
Kongsi
OG Juarai ESL One Malaysia 2022

Akhirnya perlawanan Finale yang menyaksikan dua pasukan iaitu OG Esports dan Team Aster di Lower Bracket memberikan kemenangan kepada OG Esports dengan skor mata 3 berbalas 0.

Walaupun Team Aster daripada China itu sudah berusaha sehabisnya sepanjang Grand Finals sehingga berjaya mewujudkan moment terbaik di ketiga-tiga pusingan untuk menumpaskan OG, nasib tidak menyebelahi mereka kerana OG terlalu kuat untuk ditumpaskan.

Ini adalah highlight terbaik sepanjang perlawanan di pusingan final ESL One Malaysia 2022 semalam.

Kredit : NoobFromUA

Ini menjadikan Aster meraih tempat kedua (Runner-Up) sekaligus membawa pulang wang sebanyak  $85,000 daripada ESL One Malaysia 2022

Kredit : ESL Dota 2

Untuk pengetahuan anda, ESL One Malaysia 2022 yanag mengetengahkan esukan Dota 2 kali ini telah menawarkan Prize Pool terkumpul sebanyak $400,000 USD.

Kredit : ESL Dota 2

OG Esports bagi divisi Dota 2 ini telah berjaya dinobatkan sebagai sang juara ESL One Malaysia 2022 dan membawa pulang AS$175 ribu (RM780 ribu) daripada jumlah Prize Pool terkumpul tersebut.

Kredit : ESL Dota 2

ESL One Malaysia 2022 kali ini diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands dan bermula sejak 23 Ogos 2022 sehingga 28 Ogos 2022. Perlawanan ini juga telah menyaksikan 12 pasukan melalui cabaran di Round-robin group stage dan Double-elimination playoffs.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *