MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

One Esports Fantasy Tawar 7,000 VP Kepada Pemain

ai hyprgame
Kongsi
One Esports Fantasy Tawar 7,000 VP Kepada Pemain

Valorant Champions 2022 akan berlangsung tidak lama lagi di Istanbul, Turkey. Menerusi acara tersebut kita akan dapat melihat 16 pasukan terbaik dunia akan bersaing untuk mendapatkan mahkota terbesar bagi VCT musim 2022.

Kredit : One Esports

Bermula 31 Ogos 2022 sehingga 18 September 2022 ini, kesemua pasukan akan dipertemukan di Volkswagen Arena bersama dengan penonton dan para penyokong di perlawanan pusingan Playoffs.

Sehubungan dengan itu, One Esports sebagai saluran media esukan telah menganjurkan ONE Esports Fantasy Valorant Champions 2022 Challenge.

Menerusi sumber One Esports, mereka akan menawarkan anda sebagai pemenang peraduan ini untuk memenangi 7,000 Valorant Points, dan anda akan dapat gunakan VP ini untuk mendapatkan Bundle yang seterusnya bagi permainan Valorant.

Bagi memulakan permainan ini anda hanya perlu menjawab beberapa soalan yang diutarakan oleh One Esports berkaitan Valorant Champions 2022. Maklumat lanjut tentang soalan-soalan tersebut anda boleh lihat menerusi laman sosial One Esports. Lebih menarik lagi, setiap soalan yang dijawab akan diberikan point tertentu.

Penyertaan bagi One Esports Fantasy ini akan berlangsung bermula 24 Ogos sehingga 30 Ogos 2022. Jadi apa kata anda sebagai peminat dan komuniti Valorant menyertai ONE Esports Fantasy Valorant Champions 2022 Challenge. Raikan Valorant Champions 2022 !

Kredit : One Esports

Untuk maklumat lebih lanjut lagi anda boleh melayai laman sesawang dan platform media sosial One Esports. Dah sedia untuk memilih siapakah pemenang Valorant Champions 2022?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *