MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

828 Fan Festival Realme X PUBG Mobile

ai hyprgame
Kongsi
828 Fan Festival Realme X PUBG Mobile

Realme sebagai jenama peranti mudah alih terkenal akan meraikan hari ulangtahunnya yang ke-4 pada 28 Ogos 2022. Sebagai menghargai peminat dan penyokong, 828 Fan Festival Realme X PUBG Mobile akan diadakan bersempena ulangtahun Realme.

Realme sudah sekian lama menjadi jenama yang meraikan permainan maya didalam industri esukan. Realme juga pernah menjadi rakan kongsi bagi PMPL musim bunga Jun yang lalu (PMPL SPRING). Peranan Realme menjadikan esukan sebagai impian pemain lokal mahupun antarabangsa telah mendapat sambutan bagi peminat dan penggemar Realme sendiri.

Seperti yang kita ketahui, Realme sudah tidak asing lagi dengan permainan maya kerana teknologi tinggi dan hebatnya. Oleh itu mereka akan mengadakan kolaborasi bersama permainan battleground PUBG Mobile sempena festival ini. Malahan Realme juga telah menjadi penaja kepada PUBG Mobile di PMPL MY SG PH Fall 2022 ini.

Sudah pastinya akan ada pelbagai hadiah mahupun ganjaran yang akan diberikan kepada pengguna realme menerusi festival ini. Jika anda mahukan hadiah-hadiah menarik PUBG Mobile, layari media sosial realme untuk maklumat lanjut dan berita terkini berkaitan festival ini.

Menerusi muatnaik satu hantaran Facebook Realme, mereka akan mengadakan Wear and Win contest dimana anda akan berpeluang untuk mendapatkan pelbagai merchandise Realme termasuk telefon pintar Realme. Hanya ikuti langkah-langkah dan syarat yang Realme sebutkan didalam hantaran tersebut atau klik pada pautan penyertaan di Facebook Realme sekarang!

Tempoh penyertaan ini bermula 26 Ogos sehingga 4 September 2022, dan pemenang akan diumumkan pada 5 September 2022 ini. Ulangtahun ke-4 Realme ini juga berketepatan dengan PMPL MY SG PH Fall 2022 yang kini sedang pun memasuki babak Country Finals. Inilah masanya anda sebagai peminat untuk meraikan momen terindah di PMPL MY SG PH Fall bersama Realme.

Untuk pengetahuan anda pelbagai promosi hebat daripada Realme juga sedang diadakan dengan tawaran peranti mudah alih pelbagai model dengan spesifikasi yang mengikut citarasa anda.

PUBG Mobile Malaysia juga akan terus memberikan info terkini berkaitan 828 Fan Festival ini agar anda tidak terlepas aktiviti dan hadiah menarik PUBG Mobile. Layari laman sosial Facebook PUBG Mobile sekarang!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *