MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sertai Wild Rift Merdeka Cup 2022 Sekarang!

ai hyprgame
Kongsi
Sertai Wild Rift Merdeka Cup 2022 Sekarang!

Tidak lama kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-65 Malaysia, sehubungan dengan itu komuniti Wild Rift akan mengadakan tournament Wild Rift Merdeka Cup 2022.

Tournament ini khas diadakan buat peminat arena esukan kompetetif Wild Rift yang ingin menunjukkan bakat dan kebolehan didalam arena ini.

Menerusi sumber platform sosial media Facebook komuniti Wild Rift Malaysia, acara ini akan diadakan selama 2 hari dan prize pool terkumpul sebanyak RM15,000 akan menjadi rebutan para peserta

Inilah masanya untuk anda menunjukkan kebolehan anda secara individu dan beradaptasi didalam satu pasukan untuk medan pertempuran Wild Rift.

Acara ini akan berlangsung pada 30 Ogos 2022 sehingga 31 Ogos 2022 dan akan bermula pada jam 9.00 malam. Manakala bagi format tournament pula adalah Draft (5v5), Single Elimination (BO3).

Bukan itu sahaja, demi menghargai sokongan peminat Wild Rift di Malaysia, pihak komuniti Wild Rift juga akan mengadakan acara penstriman secara langsung demi memberikan semangat kepada para peserta dan beramai-ramai meraikan semangat kemerdekaan Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut mengenai penyertaan anda boleh klik pada pautan di laman Facebook LoL Wild Rift Malaysia Singapore Community. Kemudian ikuti arahan selanjutnya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *