MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

MPL MY S10, Mampukah THQ Menumpaskan Todak?

ai hyprgame
Kongsi
MPL MY S10, Mampukah THQ Menumpaskan Todak?

MPL MY musim ke-10 kini telah memasuki minggu kedua hari ini, kita akan menyaksikan pertempuran antara pasukan Suhaz Team Haq (THQ) Esports dan Todak didalam pusingan kumpulan A.

Team Haq pada minggu yang lalu telah pun mengalahkan Team SMG dan Si Pauas Suhaz Esports dan hari pertama minggu 2 ini mereka harus berhadapan dengan raja lautan Todak untuk mendapatkan gelaran Champion Slayer.

Kehebatan Team Haq iaitu si kembar Minn dan Mann tidak harus disangkal lagi apabila mereka bijak beradaptasi dengan mana-mana hero ketika pertempuran.

Walaupun mereka sering bertukar hero, mereka masih dapat mengekalkan momentun tersebut sehingga ke akhir perlawanan. Tidak mustahil dengan adanya line up dan goldlane bekas pemain pasukan Orange Esports sejak MSC Jun lalu, pasti memberikan mereka harapan untuk memenangi match kali ini.

Adakah THQ mampu menewaskan juara setiap musim Todak dengan kekuatan mereka? Kita akan tunggu dan lihat nanti perlawanan hari ini pada jam 6 petang buat kedua pasukan.

Yang pastinya pasukan Todak tidak akan duduk diam membiarkan THQ mengawal pertempuran mereka di regular season ini. Mereka harus melawan untuk membuktikan bahawa mereka masih raja di Malaysia.

Kita tahu yang pasukan Todak jika berlawan akan menyusun strategi Meta IQ, mereka mengkaji dengan baik sebelum berlawan atau menghadapi musuh.

Bagi minggu kedua ini, hari pertama Jumaat 12 Ogos 2022, anda akan menyaksikan pertembungan antara Red Esports dan Orange Esports pada jam 3 petang. Kemudian dikuti pasukan Todak vs THQ pada jam 6 petang pula.

Diharapkan semua telah membeli tiket di ticket2u atau anda boleh menyaksikan live streaming di akaun rasmi MPL Malaysia untuk maklumat dan berita terkini mengenai MPL MY S10!

Teruskan menyokong pasukan kegemaran anda!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *