MEMUAT

Taip untuk mencari

Arcane Animation Test 2015 Dilancarkan

ai hyprgame
Kongsi
Arcane Animation Test 2015 Dilancarkan
Kredit : Comicbook.com

Masih ingatkah anda tentang siri animasi Arcane yang pernah mendapat sambutan di Netflix sebelum ini? Ya Arcane Test daripada tahun 2015 dikhabarkan akan dilancarkan tidak lama. Arcane merupakan adaptasi dunia League of Legends yang dulunya sudah sempurna diuji kaji “test” pada tahun 2015 oleh pasukan khas Arcane.

Nampaknya sesuatu yang istimewa akan muncul di League Of Legends tidak lama lagi, ianya akan menjadi bukti kredibiliti pasukan pereka ini.

Di media sosial Riot Games sendiri mereka telah memuatnaik video ujian animasi penuh yang menunjukkan kemampuan yang diberikan oleh Arcane.

Kredit : League Of Legends

Untuk pengetahuan anda, pelancaran Animation Test ini adalah sama dengan pelancaran Arcane : Bridging The Rift yang diumumkan pada acara Netflix’s Geeked Week pada awal tahun 2022. Arcane: Bridging the Rift menawarkan sisi di sebalik tabir tentang bagaimana Arcane mampu disatukan.

Kredit : Arcane Show

Bahagian pertama akan memperlihatkan ujian animasi dari segi dialog, scene atau potongan lain “cutaways”. Jadi masih ada empat bahagian daripada dokumentari ini akan diperlihatkan. Jika anda teruja dan ingin tahu lebih terperinci tentang apa yang kami katakan berkenaan Arcane Test ini, apa kata anda lihat sendiri ujian animasi Arcane yang di Youtube League Of Legends ini.

Kredit : @MorganCygnus

Dalam video penuh itu kita akan melihat Vi dan Jayce bertarung di atas bumbung Piltover. Walaupun reka bentuk watak adalah daripada ujian animasi 2015, tetapi anda akan tetap merasa dunia sebenar Arcane, kesan visualnya akan lebih terlihat di produk kali ini. Bagi peminat online game seperti anda pasti akan memahami tentang apa yang disampaikan oleh pereka Arcane.

Jika anda peminat animasi ini, anda boleh menonton musim pertama Arcane di Netflix, sementara menunggu musim kedua akan akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.

Kredit : Catsuka

Rancangan ini menampilkan Hailee Steinfeld sebagai suara Vi, Katie Leung sebagai suara Caitlyn, Kevin Alejandro sebagai suara Jayce, Jason Spisak sebagai suara Silco, Ella Purnell sebagai suara Jinx, Toks Olagundoye sebagai suara Mel , JB Blanc sebagai suara Vander, dan Harry Lloyd sebagai suara Viktor.

Arcane dan rancangan ini dibangunkan oleh Riot Games dengan kerjasama Fortiche Productions menerusi Christian Linke dan Alex Yee yang berkhidmat sebagai pencipta bersama siri ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *