MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Skin Kung Fu Panda Kini Tersedia Di MLBB

ai hyprgame
Kongsi
Skin Kung Fu Panda Kini Tersedia Di MLBB

Akhirnya setelah lama menunggu, skin Kung Fu Panda telah hadir secara rasminya selepas kolaborasi Kung Fu Panda dan Montoon Mobile Legends Bang Bang MLBB diumumkan baru-baru ini.

Menerusi muatnaik satu hantaran daripada media sosial rasmi Mobile Legends Bang Bang MLBB, skin eksklusif ini akan tersedia pada 20 Ogos 2022 ini.

Berlatarbelakangkan siri atau filem animasi Kung Fu Panda, video yang baharu saja dimuatnaik oleh Mobile Legends Bang Bang menunjukkan 3 karakter siri Kung Fu Panda yang menampilkan Akai (Kung Fu Panda), Ling (Lord Shen), dan juga Thamuz ( General Kai).

Kredit : Mobile Legends Bang Bang Official

Bagi yang belum tahu, Kungfu Panda ialah sebuah filem komedi Wuxia animasi komputer Amerika yang dilancarkan sejak tahun 2008 oleh DreamWorks Animation dan diedarkan oleh Paramount Pictures. Ini merupakan penampilan pertama John Stevenson dan Mark Osborne dalam menerbitkan karya kreatif ini.

Berlatarbelakangkan zaman Cina purba, kita boleh melihat dunia ini didiami oleh haiwan bertutur antropomorfik dan dikelilingi seekor panda kerdil bernama Po yang meminati kung fu.

Kisah Po sebagai seorang pahlawan Kung Fu bermula apabila seorang pahlawan kung fu jahat bernama Tai Lung melarikan diri dari penjara. Kemudian Po mendapat tahu yang di adalah pahlawan naga yang ditakdirkan untuk mengalahkan penjahat tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Akai yang menjadi watak utama Kung Fu Panda ini sendiri mempunyai kuasa seperti si pahlawan naga. Manakala Thamuz (General Kai) dikatakan telah kembali semula daripada “Mortal Realm”. Diikuti oleh Ling (Lord Shen) membawa tuah si burung merak.

Permulaan yang hebat bagi ketiga-tiga karakter ini akan merancakkan lagi dunia Mobile Legends Bang Bang di Land Of Dawn. Ini sudah tentu menjadi skin kegemaran komuniti Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Walaubagaimanapun, sehingga kini masih ramai yang berteka-teki tentang karakter Kung Fu Panda yang mana satu akan terlibat didalam kolaborasi ini.

Kerana seperti yang kita ketahui, kesemua karakter yang disebut oleh Mobile Legends Bang Bang ini mempunyai kekuatannya tersendiri.

Menurut sumber No Life Legends, Akai telah berada di ” Tank Role” bagi gelanggang Mobile Legends Bang Bang, seperti kehebatan General Kai, Thamuz pula adalah karakter yang mempunyai kuasa “immortal” atau “undead”. Manakala Ling terkenal menjadi hero utama sebagai pembunuh upahan ” assasin” yang hebat ketika berada di medan pertempuran.

Agaknya skin mana yang anda rasa sesuai untuk musim ini? dan yang mana satu menjadi kegemaran anda. Teruskan melayari media sosial rasmi Mobile Legends Bang Bang untuk maklumat terkini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *