MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Skin Juara M3 Blacklist International, Estes Dilancarkan

ai hyprgame
Kongsi
Skin Juara M3 Blacklist International, Estes Dilancarkan

Akhirnya setelah lama menunggu, skin juara M3 “Estes” yang digunakan oleh Blacklist International semasa M3 akan tersedia tidak lama lagi di Mobile Legends Bang Bang MLBB. 

Kredit : Hitekno.com

Moonton telah memuatnaik di media sosial rasmi miliknya berkenaan kehadiran skin juara M3 ini yang akan mewarnai arena kompetetif MLBB tidak lama lagi. 

Kredit : Blacklist International

Untuk pengetahuan anda, skin ini adalah berkesesuaian dengan kemegahan tertinggi Kejohanan M3, dan ianya akan menjadi skin yang mencipta kenangan saat juara kita mengangkat trofi mereka dengan seluruh penonton dan komuniti MLBB bersorak. 

Lebih menarik lagi adalah ciri khas seperti efek visual skin ini akan memperlihatkan situasi permainan iaitu tarikh pasukan memenangi Kejohanan Dunia M3, Logo Blacklist International serta gaya ikonik skin tersebut seperti kapten pasukan OhMyVenus yang sedang memegang mahkotanya. 

Malahan Estes akan berkongsi kisahnya tentang bagaimana Blacklist International dapat Memecahkan Kod dan meraih kemenangan ketika di M3. 

Kredit : MLBB Official

Pada masa yang sama, pasukan Blacklist International juga telah menghadiri acara khas sempena pelancaran skin signature mereka ini. 

Sejurus selepas Montoon mengumumkan akan kehadiran skin ini, Blacklist International juga telah memuatnaik hantaran di media sosial mereka tentang kedatangan Estes pada Sabtu lalu 6 Ogos 2022. 

Menerusi hitekno.com, Blacklist International menyifatkan yang mereka telah lama menunggu saat ini. 

“Saat yang sudah lama kami tunggu,  Perkenalkan Blacklist International M3 World Championship skin Estes. Akan Segera dijual #OhMyEstes @BLCKM3ChampionSkin” – Blacklist International

Tarikh skin ini dijual belum diumumkan lagi secara rasmi, walaubagaimanapun, adalah diharapkan komuniti MLBB sabar menunggu skin ini dilancarkan secara global termasuk di Malaysia oleh Montoon.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *