MEMUAT

Taip untuk mencari

Peter Zhang di “Banned” Riot Games

ai hyprgame
Kongsi
Peter Zhang di "Banned" Riot Games

Tular di media sosial berikutan isu bekas pelatih Team TSM yang didakwa telah melanggar kod peraturan LCS termasuk sikap yang tidak beretika terhadap pemain dan tenaga kerja TSM. 

Kredit : LCS

Zhang dikhabarkan telah mengeksploitasi gaji pemain, membuat pinjaman daripada pemain dan staff TSM dan lain-lain lagi yang melanggar peraturan Riot Games. 

Kredit : ilksral

Riot Games didalam satu hantaran yang dimuatnaik mengumumkan tentang status Peter Zhang yang kini telah di “banned” daripada Riot Games dan segala yang berkaitan tentang syarikat ini.

Zhang dilarang sama sekali untuk berkomunikasi dengan pasukan dan organisasi  mahupun pertandingan rasmi yang dianjurkan oleh Riot Games. 

Kredit : Michael Kelly

Menurut Riot Games, Peter Zhang peraturan LCS serta perjanjian kelayakan dan pelepasan LCS dengan memindahkan gaji pemain ke akaun miliknya dan rakan-rakannya sendiri. 

Malahan dia telah mengelirukan pemain dan gagal memberi pampasan sepenuhnya kepada bekas pemain TSM untuk penjualan kereta pemain pada harga $80,000. Walaubagaimanapun Zhang hanya memulangkan $35,000 sedangkan baki $45,000 tidak dibayar kepada pemain tersebut. 

Kredit : Ryscu

Berikutan isu ini, Riot Games memberi peluang kepada Zhang untuk memberikan penjelasan berkenaan apa yang sedang terjadi ini. Namun begitu kenyataan bertulis yang dibuat oleh Zhang tidak disertakan bersama bukti yang kukuh. 

Gagal memberikan penjelasan yang tepat, dan terpalit dengan tuduhan penyelewengan wang ini, Zhang telah diharamkan untuk mengadakan sebarang hubungan dengan Riot Games lagi tidak kira pertandingan, acara rasmi, pemain, pasukan mahupun staf organisasi ini. Tindakan tegas berdisiplin ini penting bagi mewujudkan persekitaran esukan yang sihat, dan telur disamping menjaga nama Riot Games.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *