MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

4Rivals Target Top 5 Di PMWI Riyadh

ai hyprgame
Kongsi
4Rivals Target Top 5 Di PMWI Riyadh

Usai perlawanan peringkat liga PMPL MYSGPH Fall 2022 yang berlangsung selama 3 minggu, pasukan 4Rivals terus bergegas ke Riyadh, Arab Saudi bagi menyertai PUBG World Invitational 2022 atau lebih dikenali sebagai PMWI. 

Kredit : Gaming On Phone

Pasukan 4Rivals yang dianggotai oleh Appy, Rith, Eypul, Pemburu, Vokey dan Jumper akan mewakili Malaysia bagi acara utama PMWI 2022 yang berlangsung bermula 11 Ogos sehingga 13 Ogos 2022. 

Kredit : PUBG Mobile Malaysia

Walaupun di 3 minggu berturut-turut sepanjang liga PMPL MYSGPH Fall berlangsung prestasi 4Rivals agak kurang memuaskan. Namun begitu mereka mulai bangkit di saat akhir minggu ke-3 itu sehingga menduduki Top 6 didalam overall ranking. Berada di Top 6 juga bukanlah mudah kerana masih ramai lagi pasukan lain yang ingin berada dikedudukan mereka. 

Lebih membanggakan adalah 4Rivals mewakili Malaysia bagi divisi PUBG pada acara utama PMWI 2022, di Riyadh nanti. 

Boleh jadi mereka ingin lebih fokus di pentas antarabangsa, dan sudah mempunyai target tertentu di PMPL MYSGPH Fall 2022. 

Kredit : Dot Esports

4Rivals telah berlepas ke Riyadh sejurus selepas liga PMPL selesai, dan kini mereka berada di Riyadh sejak 8 Ogos 2022 yang lalu. 

Menerusi liputan media sosial PUBG Mobile Esports Malaysia, 4Rivals menyatakan yang mereka mensasarkan untuk mendapat TOP 5 daripada 18 pasukan yang bertanding. 

“ Saya mengharapkan peminat semua untuk mendoakan kejayaan kami di PMWI 2022 ini, kami target Top 5.” – Pemburu (4Rivals). 

Untuk pengetahuan anda, bagi PMWI 2022 kali ini akan ada 18 perlawanan (match), dan setiap hari pasukan-pasukan terlibat akan bermain selama 6 pusingan yang akan terdiri daripada map seperti Erangel, Miramar, dan Sanhok

Kredit : Esports Net

Top 5 daripada PMWI 2022 ini akan bersaing di Afterparty Showdown bersama 6 pasukan daripada region terpilih dan 1 pasukan jemputan istimewa. 

Selain 4Rivals, terdapat 17 lagi pasukan yang datang daripada pelbagai pelusuk dunia menyertai PMWI 2022 ini. 

Ayuh kita sama-sama mendoakan supaya 4Rivals dapat membanggakan nama Malaysia dengan membawa kemenangan. Malaysia Boleh !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *