MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Farewell Raux Daripada Team Secret

ai hyprgame
Kongsi
Farewell Raux Daripada Team Secret

Jordan Pamintuan atau lebih dikenali “Raux” telah mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Team Secret bagi divisi Wild Rift semalam. 

Pemain yang berasal daripada Filipina ini merupakan pemain professional e-sukan Wild Rift yang berperanan sebagai Support didalam pasukan Team Secret ini juga pernah menyertai pasukan DR Esports bermula 15 November 2020 sehingga 7 Januari 2022 sebelum menyertai Team Secret sejak Febuari yang lalu.

Semalam pasukan Team Secret bagi divisi Wild Rift ini telah mengumumkan melepaskan pemain Support Role nya iaitu Raux menerusi platform media sosial rasmi mereka.

Sedikit trivia tentang Raux adalah dia pernah bermain sebagai pemain professional  League of Legends. Selain itu Raux mempunyai minat yang mendalam di bidang  masakan, malah rajin untuk belajar mencipta resipi masakan yang baharu serta menjadi streamer bagi permainan maya ini. 

Sepanjang Raux bergiat didalam e-sukan ini, dia telah menyertai pelbagai kejohanan dan tournament bagi memperkayakan kemahirannya. Ini menjadikan Raux sebagai pemain e-sukan yang berpengalaman khususnya di divisi Wild Rift ini. 

Awalnya kemunculan Raux didalam Team Secret adalah bagi menggantikan bekas kapten pasukan mereka yang juga merupakan pakar sokongan iaitu James Santos “Hamez”. Kerana ketika itu Hamez memutuskan untuk berehat seketika daripada arean e-sukan Wild Rift ini. 

Walaubagaimanapun kehadiran Raux sebagai pengganti tidak memberikan impak yang begitu memuaskan kepada peminat dan komuniti Wild Rift Team Secret apabila mereka kehilangan momentun pada kejohanan Piala Wild Rift Horizon yang lalu di kedudukan ke 3-4. 

Kredit : Team Secret

Secara tiba-tiba telah terdapat satu hantaran di Youtube yang mendedahkan bahawa Hamez merancang untuk kembali ke pasukan ini sebagai pemain baharu. 

Video Youtube yang dimuatnaik oleh Team Secret dengan tajuk “ WHAT HAPPENED TO ONE OF THE BEST CAPTAINS IN WILD RIFT? | A NEW ERA.” memberikan komuniti e-sukan tentang penglibatan Hamez semula didalam pasukan ini. 

Di akaun media sosial Raux telah memuatnaik satu hantaran baharu menyatakan dia sedang mencari pasukan baharu untuk disertai sebagai main role – support bagi divisi Wild Rift. Good Luck Raux dan Team Secret untuk lembaran baharu ini. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *