Selepas 3 minggu melalui perlawanan yang penuh cabaran, pasukan Geek Fam berjaya menduduki tangga 1 menerusi Overall Standing Free Fire Challengers Series 2 FFCS2 sekaligus melayakkan diri mereka untuk mara ke Grand Final yang akan berlangsung pada 30 dan 31 Julai 2022 ini.
Selain Geek Fam, terdapat 11 pasukan terbaik yang lain juga akan bersaing dengan mereka bagi Grand Final FFCS2 nanti.
Pasukan Malaysia Geek Fam, dan Farang masing-masing berada di Top 1 dan Top 2. Manakala Axis Esports, Todak dan EWG berada di Top 4, 5 dan 6 didalam keputusan keseluruhan pada ahad lalu.
Selain itu, pasukan yang mewakili Malaysia yang lainnya adalah Noxscape, WatchNLearn, Orange Esports, ORV Esports, X-Men Akatsuki dan Team Princess juga akan merebut tahta Juara FFCS2 nanti.
Untuk pengetahuan anda, Geek Fam sangat konsisten sejak hari pertama FFCS2 lagi dimana mereka berada di Rank 1, 2 Booyah, 68 Placement Points, 83 Kill Points, dengan Total Points sebanyak 151.
Mereka terus konsisten sehingga hari ke-6 FFCS2 berada di Rank 1, 4 Booyah, 210 Placement Points, 276 Kill Points, dan Total Points sebanyak 486 sekaligus membawa mereka ke peringkat Grand Final nanti.
Untuk pengetahuan anda, Geek Fam bukan sahaja mempunyai divisi didalam kategori Free Fire. Malahan organisasi ini juga mmpunyai divisi didalam PUBG Mobile dan Mobile Legends Bang Bang MLBB.
Tidak hanya menjadi pasukan yang mara ke Grand Final FFCS2 bagi divisi Free Fire, Geek Fam bagi divisi PUBG Mobile juga sangat konsisten kerana berada di Ranking yang terbaik di hari terakhir Minggu 1 PMPL MYSGPH Fall 2022.
Teruskan memberi sokongan kepada Geek Fam untuk terus berjaya di arena e-sukan ini.
Video Hype sempena Grand Final Free Fire Challengers Series 2 telah pun dimuatnaik oleh Youtube rasmi Free Fire. Semarakkan lagi sokongan anda terhadap acara ini dengan menontonnya.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!