MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Suhaz Esports Rekrut Pemain ID dan Coach PH

ai hyprgame
Kongsi
Suhaz Esports Rekrut Pemain ID dan Coach PH

Semalam telah tersebar berita di media sosial mengenai perkembangan Suhaz Esports didalam arena e-sukan Mobile Legends Bang Bang MLBB ini. Terkini pasukan Suhaz Esports telah mengimport dua pemain professional daripada Mobile Legends Indonesia dan seorang jurulatih daripada Filipina untuk menyertai divisi Suhaz Esports pada musim baharu MPL MY 2022 ini. 

Kredit : Youtube Kincir Esports

Ini menjadikan pasukan Suhaz Esports sebagai pasukan tempatan pertama yang mengambil jurulatih daripada luar negara itu. 

Suhaz Esports mengambil John Theo Eusebio (Raizen) yang merupakan bekas jurulatih pasukan Z4 Esports MLBB Filipina menyertai roster mereka. 

Kredit : Instagram Suhaz Esports

Selain seorang jurulatih MLBB Filipina, Suhaz Esports juga mengambil dua lagi pemain daripada Indonesia iaitu Rico dan Daffa Dwita Siregar (Oxygen) yang merupakan bekas pemain pasukan RRQ Sena mempersiapkan peperangan mereka di MPL MY Musim Ke-10. 

Ex-Z4 head coach Raizen heads to Malaysia, coach Suhaz
Kredit : tiebreakertime.com PH

Mohd Nur Firdaus Muhd Konsul selaku pengurus pasukan Suhaz ketika ditemuramah oleh RTM semalam menyifatkan yang penyertaan pemain daripada luar negara adalah untuk mengadaptasi cara permainan yang berbeza didalam permainan MLBB Malaysia. 

Harapan Suhaz Esports adalah untuk mengubah cara permainan pasukan Suhaz Esports lebih berbeza untuk kejohanan musim baharu ini. 

Menurut sumber Berita Pagi RTM, Theo akan membantu ketua jurulatih Suhaz Esports sendiri iaitu Kelvin Unting bagi perkara berkaitan analisis, latihan, corak permainan pasukan dan lain-lain lagi. 

Bagi Suhaz Esports, Theo seorang pemimpin yang baik dan bijak bagi mengetuai sesuatu pasukan di arena e-sukan Mobile Legends Bang Bang MLBB ini. 

Apakah kontrak yang ditawarkan selama 1 tahun bagi 2 musim MPL MY ini akan mengubah corak permainan pasukan Suhaz Esports  sekaligus mencipta sejarah baharu bagi arena Mobile Legends Bang Bang MLBB Malaysia. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *