MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Teruja Dengan Pokémon UNITE Malaysia Open 2022

ai hyprgame
Kongsi
Teruja Dengan Pokémon UNITE Malaysia Open 2022

“Who’s That Pokemon?”, jika anda peminat sebenar siri permainan Video Pokemon sudah tentu anda sudah biasa mendengarkan trademark ini didalam siri animasi Pokemon juga. Malahan filem Pokemon : Detective Pikachu  juga pernah dilancarkan pada tahun 2019.

Kredit : YoodoMY

Sambutan demi sambutan daripada komuniti permainan ini telah memberi ruang sekali lagi kepada Yoodo sebagai perkhidmatan talian mudah alih digital berkolaborasi bersama syarikat Pokemon bagi acara Pokémon UNITE Malaysia Open 2022.

Pokémon UNITE on Twitter: "Pre-download for #PokemonUNITE on Switch is now  available! Pre-download now and get into the action even faster this  Wednesday! ➡️https://t.co/S2k3xaqmtj https://t.co/hXZ2nTvKUd" / Twitter
Kredit : Pokemon Unite Twitter

Untuk pengetahuan, acara Pokémon Unite Malaysia Open 2022 ini akan menawarkan Prize Pool keseluruhan sebanyak US$20,000 (RM88,960) untuk dimenangi peserta. 

Seperti yang kita telah ketahui, Yoodo pernah menaja pasukan e-sukan bagi mempergiatkan lagi industri e-sukan di negara ini khususnya. Kerjasama ini diharapkan dapat memperluaskan lagi kekuatan Yoodo sebagai syarikat telco yang berperanan didalam e-sukan ini. 

Yoodo akan memperkenalkan Pokémon Unite dengan data tambahan pada bulan berikutnya 20GB Data Boost bagi permainan mereka untuk dinikmati oleh pengguna Yoodo sendiri. 

The First-Ever Pokémon UNITE Malaysia Open Boasts A $US20,000 Prize Pool
Kredit : KakuChopurei.com

The Pokémon Unite Malaysia Open 2022 akan bermula pada  27 Julai 2022 sehingga  20 Ogos 2022, kemudian peringkat Final pula dijangka berlangsung pada with 10 September 2022 ini. 

Mengikut sumber Yoodo, kerjasama ini akan menjadikan platform kepada individu yang berminat didalam e-sukan untuk bergiat aktif didalam industri ini. 

Selain Pokemon Unite, Yoodo juga menawarkan permainan lain seperti PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, Call of Duty: Mobile as well as Arena of Valor features didalam akses telco mereka. 

Sehingga kini, kita cuma sedang menantikan lebih banyak butiran menarik melalui permainan dan acara Pokemon Unite didalam Telco ini. 

Teruskan melayari laman sosial Yoodo dan Pokemon Unite agar tidak terlepas peluang tentang maklumat penting mereka. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *