MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

NetEase Lancar Hyper Front Elite Cup 2022

ai hyprgame
Kongsi
NetEase Lancar Hyper Front Elite Cup 2022

Baru-baru ini NetEase telah mengumumkan akan acara terbaharu mereka iaitu Hyper Front Elite Cup 2022. Acara ini akan dikhususkan kepada permainan peranti mudah alih ala Valorant di Asia Tenggara dan Amerika. 

Kenyataan ini telah disahkan oleh pihak Hyper Front sendiri apabila mereka telah memuatnaik tentang Hyper Front Elite Cup 2022. 

“ 2022 Hyper Front Elite Cup is arriving! The Southeast Asia Division and the Americas Division will open simultaneously. Please look forward to Hyper Front’s first-ever tournament!” – Hyper Front 

“ Pull the trigger, more than better!

July 30th, a battle for the summit is about to set in motion.” – Hyper Front

Seperti yang dinyatakan oleh Hyper Front sendiri, acara ini merupakan acara pertama bagi divisi Hyper Front. 

Untuk pengetahuan, Hyper Front ini telah dilancarkan pada 20 Januari yang lalu di hampir seluruh SEA seperti Thailand, Filipina, Malaysia, dan juga Singapura. Dimana pada awal kemunculan permainan ini Lite Version telah pun disediakan di semua peranti elektronik. 

Setelah komuniti Hyper Front menunjukkan peningkatan demi peningkatan, NetEase pula membuat keputusan untuk mengadakan kejohanan e-sukannya tersendiri.

Menurut sumber industri e-sukan, Hyper Front Elite Cup ini dijangka akan berlangsung pada musim luruh ini iaitu sekitar September 2022 ini.

Walaubagaimanapun, sehingga kini tarikh rasmi belum lagi diumumkan oleh mana-mana pihak. Tetapi seperti yang ditulis oleh Twitter Hyper Front, pengumuman akan tarikh acara ini akan di khabarkan pada 30 Julai 2022 ini. Jadi nantikan ya dengan sentiasa mengikuti media sosial rasmi Hyper Front atau NetEase untuk mengetahui tentang update, mahupun tawaran daripada permainan ini. 

Hyperfront, merupakan permainan FPS 5v5 dengan pelbagai mod yang menawarkan pelbagai permainan menarik seperti Search and Destroy Arms Battle, dan permainan ala Valorant. 

Jadi, inilah masanya untuk anda sebagai penggemar permainan seperti ini menyertai kejohanan bagi mengasah bakat dan kemahiran terpendam anda. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya
Artikel seterusnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya