MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Free Fire Kolab Dengan Si Rapper Bunga

ai hyprgame
Kongsi
Free Fire Kolab Dengan Si Rapper Bunga

Baru-baru ini Garena Free Fire Malaysia telah mengadakan kolaborasi dengan Rapper terkenal Malaysia, Bunga bagi kempen “Free Fire Untuk Semua Keadaan”. 

Kredit : Youtube Garena Free Fire MY

Video kolaborasi tersebut telah pun dilancarkan di platform media sosial rasmi Free Fire Malaysia pada 13 Julai 2022. 

“Selamat datang Bungaisme ke kempen Free Fire Untuk Semua“ – Free Fire Malaysia

Sesuai dengan tema pada Julai 2022 ini iaitu “ Free Fire For All Circumstances”, Free Fire Untuk Semua ianya bagi membuktikan yang perbezaan kita semua tidak menghalang kita untuk berkongsi minat yang sama. Salah satunya ialah permainan video atau peranti mudah alih elektronik dapat menghubungkan masyarakat tidak kira latarbelakang. 

Jadi inilah masanya untuk anda berjuang dengan penuh gaya mengikut identiti dan cara tersendiri. 

Menurut sumber youtube rasmi Free Fire Malaysia, Bunga atau byline sosial medianya @Bungaisme sangat teruja untuk berkongsi video terbaharunya kepada peminat Free Fire khususnya. 

Kredit : Youtube Garena Free Fire MY

“Saya Bunga, dan saya teruja ingin berkongsi video terbaharu saya dengan anda semua sempena kempen Free Fire Untuk Semua Keadaan.” – Bunga

Dikatakan kempen kali ingin berbeza daripada yang sebelumnya kerana Bunga akan menunjukkan sisinya yang sebenarnya seorang gamers juga. 

Malahan ramai peminat yang memberikan komen positif berkenaan kolaborasi ini sehingga ada yang ingin membeli merchandise Free Fire yang digunakan oleh Bunga didalam video ini. 

May be a cartoon of 3 people and text
Kredit : Garena Free Fire Malaysia Facebook

Selain itu melalui kempen ini juga Free Fire menawarkan hadiah yang menarik bermula daripada 17 Julai sehingga 29 Julai 2022. Yang penting jangan lupa untuk selitkan dengan hastag #FFUntukSemua okay!

Merchandise FF termasuk jaket, patch dan autograf Bunga juga akan menjadi habuan anda. 

Jadi apa tunggu lagi, muatnaik aplikasi Free Fire sekarang dan raikan kempen ini bersama-sama dengan yang lain. Layari media sosial Free Fire Malaysia untuk maklumat penyertaan. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya