MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Countdown PMPL MYSGPH FALL 2022, Dah Sedia?

ai hyprgame
Kongsi
Countdown PMPL MYSGPH FALL 2022, Dah Sedia?

Nampaknya cuma tinggal countdown beberapa hari saja lagi sebelum PMPL MYSGPH FALL 2022 bermula. Semua pasukan yang turut serta nampak gayanya sudah bersiap sedia mempersembahkan aksi dan saingan sengit di kejohanan itu. Sebagai penggemar dan peminat PUBG Mobile, agak-agaknya apa yang anda ingin lihat di PMPL MYSGPH FALL 2022 kali ini? 

Untuk pengetahuan anda, PMPL MYSGPH FALL akan membuka tirainya bermula pada 20 Julai 2022 sehingga 28 Ogos 2022 ini. Pertarungan yang bermula daripada 20 Julai sehingga 7 Ogos 2022 merupakan peringkat liga, kemudian pusingan akhir akan berlangsung selama 3 hari bermula 26 Ogos 2022 ini. 

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Dengan barisan pemain tersendiri, seramai 20 pasukan professional PUBG Mobile dari Malaysia, Singapura, dan Filipina akan bersaing PMPL MY/SG/PH Fall 2022 bagi merebut gelaran juara.

Perlawanan musim ini memang akan berlaku hal luarbiasa kerana ada beberapa penambahan didalam struktur PMPL MYSGPH FALL musim baharu ini dimana 20 pasukan akan bersaing untuk menempah slot bermain di map baru Livik pada setiap hari Ahad untuk Extra Points. Kemudian cuma 16 pasukan yang berada di ranking teratas akan mara dari Country League ke Country Finals

Anda akan menyaksikan pelbagai drama marah, sedih, kecewa menjadi satu semangat buat mereka sehingga mampu untuk sampai ke tahap ini. 

PMPL MYSGPH ini akan menawarkan wang hadiah Prize Pool terkumpul / prize pool sebanyak $150,000 USD!

Malahan, wang hadiah tersebut juga akan diagihkan kepada Final MVP, pemenang Anugerah Individu, WWCD dan lain-lain lagi yang berkaitan. 

Perubahan demi perubahan dilakukan, malahan perpindahan dan open transfer juga terjadi dimusim ini sempena persiapan mereka menuju ke finale PMPL MYSGPH FALL 2022. 

Pertahanan dipertingkatkan, bahagian otak pasukan diperkuatkan lagi supaya mampu menghadapi musuh ketika perlawanan nanti.

Selain drama, kisah suka duka pasukan PMPL MYSGPH FALL 2022 ini, kita juga akan disajikan dengan penambahan peta pertarungan yang baharu iaitu Peta Livik menjadi senarai peta selain Erangel, Miramar dan Sanhok. Peta Livik merupakan peta terkecil dengan saiz 2X2km merupakan lokasi pertarungan pusingan terakhir pasukan pada setiap minggu. 

Adakah anda sudah bersedia untuk PMPL MY/SG/PH 2022 ini? Jangan lupa untuk menyokong pasukan Malaysia ya!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *