MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Draxx Dipinjamkan Ke Team SMG bagi musim baharu!

ai hyprgame
Kongsi
Draxx Dipinjamkan Ke Team SMG bagi musim baharu!

Sebelum ini kita dengan khabar angin tentang Draxx yang akan dilepaskan daripada pasukan SEM9, tetapi kini berbeza sedikit apabila Draxx secara rasminya telah menjadi pemain pinjaman buat Team SMG untuk berjuang di Kejohanan musim baharu ini. Tahniah Draxx yang akan menjadi In-Game Leader IGL buat SMG!

Kredit : Youtube SEM9 Gank Army

Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid atau dikenali sebagai Draxx didalam arena pertempuran PUBG Mobile ini merupakan pemain utama SEM9. 

Draxx mula menyertai SEM9 Gank pada 2021 dan berperanan sebagai Sniper bagi SEM9. Selain pengalamannya sebagai Sniper, Draxx juga pernah menjadi Fragger didalam pasukan Yoodo Gank terlebih dahulu. 

Menjadi pemain yang paling lama bertahan bersama SEM9, dan pernah menyertai Yoodo Gank suatu ketika dahulu. Draxx telah mencapai pelbagai pencapaian hebat seperti Juara ketika PMPL SEA S1, PMPL MYSG S1 (Top 2), dan juga PMPL MYSG S2 (Top 2). 

Sehingga Draxx juga pernah digelarkan sebagai DUO terbaik apabila bergandingan dengan ManParang di arena PUBG Mobile ini

Walaupun perpindahan Draxx hanyalah buat sementara (LOAN), tetapi iainya tetap memberikan perubahan yang drastik kepada kedua-dua pasukan SEM9 dan Team SMG. 

Apakah kita akan lihat perubahan yang ketara dan persembahan sengit daripada kedua-dua pasukan ini PMPL MYSGPH FALL 2022? Sudah tentu peminat PUBG Mobile tidak sabar melihat aksi SMG di arena PMPL musim ini! 

Perpindahan Draxx ini juga telah dimuatnaik oleh Facebook rasmi PUBG Mobile Malaysia dengan ucapan tahniah dan maju jaya bagi perjalanan baharu Draxx bersama SMG.

Malahan ramai peminat PUBG Mobile memberikan kata-kata semangat supaya Draxx memberikan prestasi yang baik di kejohanan baharu ini. 

Kata peminat, inilah lineup baharu yang ditunggu-tunggu buat SEM9 dan Team SMG ketika ini. Semoga perjalanan Draxx didalam arena PUBG Mobile kembali bersinar!

Pasukan SMG kini dengan lineup rasmi mereka sempena PMPL kali ini dengan Jenny (Rusher), Mail (Rusher), Shinzi (Fragger), Hinn (Support), dan Draxx (IGL). 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya