MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Debut Baharu, Justin Bieber Kolab Dengan Free Fire

ai hyprgame
Kongsi
Debut Baharu, Justin Bieber Kolab Dengan Free Fire
Kredit : Garena Free Fire North America

Akhirnya, setelah ulangtahun ke-5 Garena Free Fire telah mengadakan kolaborasi bersama penyanyi terkenal Justin Bieber. 

Pengumuman kerjasama ini telah dimuatnaik oleh akaun rasmi Twitter Justin Bieber sendiri dengan hashtag #garenafreefire5thanniversay (ulangtahun ke-5 Garena Free Fire). 

Kredit : Youtube Justin Bieber

Untuk pengetahuan, sudah 1 tahun persiapan dilakukan untuk projek Justin Bieber bersama Garena Free Fire ini. 

Ini merupakan kolaborasi secara global antara Free Fire dan Justin Bieber. Pastinya pemain dan peminat tidak sabar untuk menunggu semua in-game event bersempena dengan ulangtahun ke-5 Free Fire ini.

Menerusi tema “ Reunite The World” yang bermaksud menyatukan dunia. Kolaborasi ini akan menarik ramai orang diseluruh dunia untuk sama-sama bermain Garena Free Fire sesama rakan dan keluarga. 

Menurut Garena Free Fire, pelbagai hadiah, tawaran dan ganjaran hebat akan menemui pemain dan peminat Garena Free Fire melalui acara in-game pertama kolaborasi ini pada 27 Ogos 2022. 

Kredit : Youtube Justin Bieber

Melalui temubual Justin Bieber bersama media, dia mengatakan yang persiapan bagi projek ini sudah lama dibina, tidak sabar baginya untuk mengambil peluang melalui projek ini demi menghiburkan peminatnya diseluruh dunia. Malahan pasti ramai akan menunggu cerita disebalik tabir pembikinan projek ini. 

Kredit : Twitter Garena Free Fire North America

Tambahan lagi, interaksi muzik dan permainan maya akan menarik ramai orang dengan Garena Free Fire. Komunikasi dan kerjasama ketika permainan akan lebih baik melalui kolaborasi sebegini. 

Kami di Hyprgame yakin ya acara ini akan menjadi debut yang baik bagi lagu-lagu Justin Bieber seperti Honest, Peaches dan lain-lain lagi. Selain Justin Bieber, sudah tentu Garena Free Fire akan menambahkan lagi kemeriahan acara ini dengan jemputan artis-artis yang sebaris dengan Justin Bieber juga. 

Kredit : Twitter Garena Free Fire North America

Nantikan track lagu ekslusif Justin Bieber has buat in-game Garena Free Fire nanti. Malahan melalui acara ini peminat dan pemain akan berpeluang mendapatkan “custom emote” dan bermain “minigames”.

Jangan terlepas segala update terkini Garena Free Fire Malaysia di laman sosial rasmi Facebook, Youtube, Twitter dan Instagram

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *