MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Alliance dijemput ke ESL Malaysia?

ai hyprgame
Kongsi
Alliance dijemput ke ESL Malaysia?
Kredit : Hyprgame

Pasukan Alliance dijemput ke ESL Malaysia, walaubagaimanapun benarkah jemputan ini telah menimbulkan tanda tanya kepada ESL Malaysia kerana mendapat aduan mahupun pertikaian daripada pasukan lain?

Semasa The Alliance masih lagi bertanding di bahagian 1 WEU DPC, pasukan ini juga telah dijemput oleh ESL Malaysia. Ini bermakna Alliance akan bersama OG dan Fnatic akan merebut trofi ESL Malaysia,  di Arena of Stars di Genting, Malaysia.

Kredit : Twitter ESL DOTA 2

Walaubagaimanapun, penyertaan pasukan Alliance tersebut tidak mendapat mendapat perhatian daripada peminat kerana mereka berpendapat ada pasukan lebih baik layak untuk mendapat jemputan ESL Malaysia. 

Penganjur kejohanan telah mengumumkan penyertaan Alliance melalui laman sosial Twitter, dan ini menjadikan tiga pasukan akan bersaing untuk trofi ESL Malaysia. Oleh itu, ESL tidak sabar untuk mengumumkan pasukan kerana mereka merasakan skuad yang mereka pilih untuk bertanding berpotensi memenangi kejohanan itu.

Krredit : Hyprgame

Tetapi malangnya, berita ini tidak begitu popular mahupun mendapat perhatian ramai peminat Dota termasuk peminat Alliance sendiri  diatas sebab yang tertentu. 

Antara yang menjadi penyebab kepada situasi ini adalah kerana persembahan Alliance sendiri semasa DPC Tour 3, dimana ketika itu Alliance masih sedang bertanding untuk mendapatkan satu lagi kemenangan. Pertandingan tersebut tidak menghasilkan keputusan yang memuaskan kerana mereka kalah 0-2, ini menunjukkan Alliance tidak mempunyai keserasian yang kuat sesama pasukan kerana tidak mampu untuk mendapatkan walau satu mata semasa pertandingan.  

Kredit : Twitter Sammy Boy GG

Sehingga kini, kenyataan rasmi daripada ESL Malaysia untuk membatalkan jemputan Alliance masih lagi belum diumumkan di media kerana tidak mendapat sambutan yang baik daripada peminat.

Malahan, pemain profesional daripada NA DPC iaitu Sammyboy dari Wildcard Gaming nampaknya tidak percaya yang Alliance dijemput di ESL Malaysia. Dia juga mempunyai pendapat yang sama seperti peminat Dota,  dimana merasakan Alliance tidak layak mendapatkan jemputan ini sama sekali. 

Selain itu, ada juga mereka yang berpendapat bahawa ESL Malaysia sepatutnya  menjemput pasukan SEA dan bukannya Alliance.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *