MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pendaftaran PMCT dibuka bermula Julai 2022!

ai hyprgame
Kongsi
Pendaftaran PMCT dibuka bermula Julai 2022!

Berita baik buat peminat PUBG Mobile, PUBG Mobile City Tournament (PMCT) akan diadakan tidak lama lagi, PUBG Mobile City Tournament (PMCT) ini merupakan acara yang bekerjasama dengan Olympic Council Malaysia. Pendaftaran dibukan pada 1 Julai 2022. 

PUBG Mobile City Tournament ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori Solo dan juga kategori Squad. 

Untuk pengetahuan PUBG Mobile City Tournament ini merupakan pentas beradu tenaga bagi pemain mahupun pasukan PUBG Mobile khususnya di Malaysia sebelum mereka mara ke PMNC.

Pasukan-pasukan yang bermain pada PUBG Mobile City Tournament akan membuktikan mereka layak atau tidak untuk beraksi ke PMPL Spring Split 2023 nanti.

Jadi kita boleh katakan PMCT merupakan pentas penentuan kelayakkan mereka ke PMNC nanti. 

Acara PMCT ini diadakan bagi menguji kekuatan dan kebolehan pemain-pemain khususnya pasukan Malaysia.

Misi utama adalah untuk melahirkan lebih ramai pemain PUBG Mobile bagi mewakili negara Malaysia nanti.

Sudah tentu pentas ini menjadi peluang untuk pemain menunjukkan bakat dan kekuatan mereka di arena e-sukan khususnya di Malaysia.

Selain kategori Solo dan kategori skuad, kategori “Ladies Battle” juga akan diadakan didalam PUBG Mobile City Tournament kali ini. 

Jadi PMCT ini tidak hanya mengkhususkan kepada lelaki, malahan wanita juga boleh menyertai industri e-sukan PUBG Mobile. 

Pendaftaran dijangka akan dibuka pada 1 Julai 2022 ini, walaubagaimanapun sebarang maklumat yang lebih lanjut berkaitan PMCT ini masih belum lagi diumumkan.

Diharapkan peminat PUBG Mobile untuk tidak melepaskan peluang berkaitan update terkini PMCT ini. 

Hanya lawati laman sosial rasmi Facebook PUBG Mobile Esports Malaysia untuk sentiasa tidak ketinggalan dengan acara-acara PUBG Mobile terkini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *