MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Panggilan Terakhir MLBB 3rd Skin Design Contest !

ai hyprgame
Kongsi

Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pertandingan merekacipta Skin Mobile Legends Bang Bang buat kali yang ke-3 ini berakhir. Tidak sabar rasanya Mobile Legends Bang Bang MLBB ingin melihat semua karya ML-ers nanti! Penyertaan akan berakhir sehingga 30 Jun 2022 ini, jadi bagi anda yang masih belum menyertai acara ini, anda masih sempat menyertainya sekarang!

Sejak lebih 5 tahun Mobile Legends Bang Bang MLBB tumbuh bersama komuniti peminat-peminatnya. Mobile Legends Bang Bang MLBB telah berkongsi pelbagai momen indah sehingga mengadakan beberapa pertandingan reka cipta Skin dan Emote untuk menjadikan peminat mereka sebahagian daripada permainanan ini.

May be an anime-style image
Kredit : MGL Creator @anggita_arts

Kali ini Mobile Legends Bang Bang MLBB melancarkan lagi acara 3rd Skin Design Contest dan secara rasminya juga mengeluarkan “Project Create – Sistem Ciptaan Bersama Pemain dimana membolehkan anda melihat sendiri reka cipta anda berada di dalam permainan Mobile Legends Bang Bang MLBB ini. 

Bersama Montoon, Mobile Legends Bang Bang MLBB sentiasa ingin memperbaiki skin hero, mahupun emote didalam permainan peranti mudah alih ini.

Kredit : Youtube Infinite X

Jadi mereka sangat percaya yang setiap idea patut dilihat supaya kreativiti dan seni akan menjadi sebahagian masa depan Mobile Legends Bang Bang MLBB di mata dunia arena esukan.

“ Kami percaya, setiap idea patut dilihat, dan berharap agar kesenian dan kreativiti menjadi sebahagian masa depan Mobile Legends Bang Bang MLBB”. 

Untuk pengetahuan, pada musim kali ini 3rd Skin Design Contest yang dianjurkan oleh Mobile Legends Bang Bang MLBB adalah bertemakan Skin Odette. 

Mereka Skin Odette ini akan menyemarakkan lagi imaginasi pereka supaya dapat menghasilkan karya yang indah dan menarik. 

Peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja bagi setiap ID permainan dan mestilah bertemakan Hero Odette

Pemilihan awal rekaan skin adalah bermula pada 1 Julai 2022 sehingga 7 Julai 2022, kemudian undian akan dibuat untuk membawa rekaan terpilih ke peringkat pemilihan rasmi pada 10 Ogos 2022 sehingga 16 Ogos 2022. Pemenang akan diumumkan berdasarkan undian akhir tersebut iaitu pada 19 Ogos 2022 ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *