MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Garena Free Fire Mula Banned Akaun

ai hyprgame
Kongsi
Garena Free Fire Mula Banned Akaun

Waspada buat pemain-pemain yang suka melakukan penipuan ketika permainan peranti mudah alih. Garena Free Fire kini sedang galak menggantung akaun yang tidak menepati peraturan permainan permainan Free Fire. Garena telah memberikan kenyataan yang akaun-akaun yang melanggar peraturan akan digantung selama 2 hari dan pemain tidak dapat meneruskan permainan secara berkumpulan mahupun di peringkat pertandingan. Akaun anda akan disekat jika tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Garena. 

Free Fire accounts banned
Kredit : Gaming On Phone

Sejak akhir-akhir terdapat banyak penipuan yang terjadi ketika bermain permainan peranti mudah alih atau online.

Kerana ini, Garena telah mengeluarkan beberapa garis panduan supaya pemain-pemain dapat patuhi bagi mengelakkan akaun mereka di sekat daripada meneruskan permainan.

Kredit : Gaming On Phone

Untuk pengetahuan, amalan penipuan, termasuk menggodam dan menggunakan perisian pihak ketiga ketika permainan online terutamanya Garena adalah menyalahi peraturan Garena itu sendiri.

Pencipta permainan Garena Free Fire ini telah melaksanakan beberapa langkah berjaga-jaga yang teruk untuk menghentikan perkara ini.

Jika ada pemain yang sengaja melakukan penggodaman secara sengaja, akaun mereka akan digantung selama 2 hari.

Selalunya, kerjasama yang dilakukan oleh pemain dan penggodam ketika permainan berlangsung adalah untuk menaikkan kedudukan mereka dalam mod CS.

Free Fire accounts banned
Kredit : Garena

Garena sudah mengaktifkan sistem dimana jika hal ini terjadi akaun pemain tersebut akan digantung selama 2 hari sebagai amaran pertama atau awal buat pemain.

Penggantungan ini adalah bertujuan memberikan pengajaran kepada pemain supaya tidak melakukan tingkah laku salah ini lagi

Oleh itu, pemain akan menerima pemberitahuan dalam permainan terlebih dahulu, dan jika mereka mengabaikannya, akaun mereka akan berisiko untuk di “ banned “.

Kesimpulannya, pemain mestilah bekerjasama bagi memerangi penipuan supaya semua orang dapat merasai pengalaman permainan yang positif di Free Fire. Sokongan daripada semua pemain dan peminat Free Fire penting bagi mengekalkan kualiti permainan ini supaya adil dan menyeronokkan. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya