MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Fall Guys Kini Percuma Untuk Semua!

ai hyprgame
Kongsi
Fall Guys Kini Percuma Untuk Semua!

Masih ingatkah kita tentang permainan video jenis Battle Royal iaitu Fall Guys yang pernah popular suatu ketika dahulu? Pernah menang didalam kategori Sokongan Komuniti Terbaik di The Game Awards 2020. Dahulunya Fall Guys merupakan permainan yang perlu dibeli dimana ianya hanya ditawarkan di Steam dan Sony PS4. Terkini Fall Guys sudah boleh dimainkan secara percuma di Playstation, Nintendo Switch, Xbox dan Epic Games Store.

Permainan ini dinspirasikan oleh rancangan televisyen yang bertemakan pertandingan seperti didalam Istana Takeshi serta permainan kanak-kanak.

Steps On How To Change Your Name In Fall Guys 2022 Using Epic Games Account  Login
Kredit : The Sports Grail

Kemudian ianya menjadi begitu komersial sehingga mendapat tempat dihati komuniti pemain video mahupun online dinegara ini.

Pengumuman ini telah pun dibuat secara rasminya melalui muat naik hantaran Youtube oleh pihak Mediatonic baru-baru ini. Dengan menjadikan Fall Guys secara percuma ianya membolehkan pemain untuk mengakses dan menikmati pelbagai kandungan Fall Guys di seluruh platform permainan. 

Pemain akan menikmati pelbagai Goodies daripada Fall Guys, pusingan yang baru, kostum, pass musim baru dan lain-lain lagi.

Kredit : Youtube Zebra Gamer

Walaupun Fall Guys ini tidak lagi tersedia di Steam lagi seperti sebelum ini, pemain boleh mengaksesnya secara percuma di semua video console seperti Nintendo Switch,Xbox, Playstation 5.

Selain mengakses permainan melalui game console tersebut, pemain juga boleh memuat naik Fall Guys ini melalui Epic Games Store yang merupakan medium permainan video digital bagi Microsoft Windows dan MacOS. 

Kali ini Fall Guys memastikan yang semua pemain tidak terlepas untuk menikmati pengalaman permainan yang menakjubkan seperti sebelum ini walau dimana sahaja mereka bermain.

Samaada anda pengguna MacOS, Microsoft Windows atau Game Console yang lain seperti PS 5, Xbox, Nintendo Switch anda akan merasai pengalaman yang sama seperti orang lain. Tambahan lagi, Mediatonic juga telah melancarkan lintas platform (cross platform) dimana ianya dapat dimainkan secara bersama-sama pemain lain melalui console.

Bagi pengguna PC pula untuk mengakses Fall Guys anda perlu memastikan yang spesifikasi sistem PC adalah berkesesuaian dengan Fall Guys.

Windows 10 64bit, dengan processor Intel Core i5 atau AMD yang setara, GPU NVIDIA GTX 660 atau AMD Radeon HD 7950 serta  RAM sebanyak 8GB dengan storage sebanyak 2GB merupakan spesifikasi sesuai dengan Fall Guys. 

Jumpa anda di Blunderdome! 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *