MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Guna Senjata Ala MR05 EVOS Rusher Terbaik Dunia

ai hyprgame
Kongsi
Guna Senjata Ala MR05 EVOS Rusher Terbaik Dunia

Bagaimana cara anda untuk menjadi rusher terbaik didalam arena kompetetif Garena Free Fire? mesti ada senjata atau peralatan istimewa untuk anda bertempur dengan lebih baik. Jom kita singkap salah satu gaya Rusher terbaik dunia MR05 EVOS memilih senjatanya bagi pertempuran. Mungkin boleh jadi inspirasi kepada peminat Free Fire untuk bertempur dengan lebih baik!

EVOS MR05

Umum yang kita ketahui, Regi Pratama atau lebih dikenali sebagai MR05 didalam pasukan esukan Garena Free Fire EVOS wakil Indonesia ini mempunyai class nya yang tersendiri apabila telah banyak mewakili Indonesia dalam pelbagai tournament Garena Free Fire.

Kredit : Youtube MR05

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia untuk menjadi Rusher hebat ala MR05 ini? Apakah jenis senjata yang menjadi pilihan hatinya.

Jika kita perhatikan sepanjang penglibatan MR0S EVOS didalam arena esukan ini, MR05 menggunakan GROZA yang merupakan salah satu senjata assault rifle paling berkuasa di Free Fire. Ini kerana GROZA mempunyai basic damage yang besar antara 35 hingga 45 bergantung pada keadaan lawan.

Kredit : Youtube Dandy Saputra

Selain itu, M79 launcer juga digunakan oleh MR05 EVOS didalam pertempuran kerana fungsinya yang luar biasa mampu menjatuhkan lawan seramai 2-3 sekaligus hanya dengan sekali tembakan. M79 ini hanya boleh diperolehi melalui loot air drop supply,dan seperti GROZA ianya sangat berguna ketika di loot airdrop supply.

Kredit : Youtube MR05

M1887 merupakan salah satu Shotgun yang terbaik didalam Free Fire menjadi pilihan MR05 kerana ketangkasan yang mampu menembak dengan baik, malahan hasiL damage yang diperolehi melalui penggunaan M1887 ini juga lumayan. M1887 ini jika digunakan dengan tepat pasti akan menjadi senjata pembunuh yang hebat menewaskan lawan.

The MAG-7 Shotgun is one of the more lethal weapons at close range
Kredit: Sportskeeda

MAG7 Shotgun merupakan salah senjata baru didalam Free Fire juga digunakan MR05 EVOS kerana ianya lebih efektif berbanding M1014 Shotgun yang merupakan senjata terdahulu di Free Fire. Keupayaan MAG7 yang memiliki kelengkapan sempurna seperti Muzzle, Foregrip dan Stock dikatakan lebih stabil untuk digunakan ketika pertempuran.

Garena Free Fire Weapon Royale: Players can get AC80 Royal Warrior skin by trying their luck in-game
Kredit : Inside Sport

AC80 Marksman Rifle merupakan senjata yang relevan bagi MR05 EVOS kerana senapang ini memiliki damage asas sebanyak 60-100 points dimana ianya berkesesuaian digunakan ketika di medan peperangan. Tidak perlu membazirkan lebih daripada 3 peluru, anda mampu menjatuhkan lawan sekaligus dengan damage 200-400.

Kredit : Youtube MR05

Yang penting kelima-lima senjata ini haruslah digunakan dengan bijak dan strategi yang tepat, pemain juga perlu menyesuaikan diri mereka dengan penggunaan senjata-senjata tersebut. Latihan dan skills yang betul pasti akan memberikan hasil yang memuaskan saat pertempuran Free Fire nanti.

Guna Senjata Ala MR05 EVOS Rusher Terbaik Dunia
Kredit : One Esports

Belajar untuk jadi survivors yang baik daripada Rusher MR05 EVOS ini mungkin akan mengubah corak permainan anda nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya