MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sneak Peek 16 Pasukan PMPL SEA 2022

ai hyprgame
Kongsi
Sneak Peek 16 Pasukan PMPL SEA 2022

Tiket untuk menonton PMPL SEA Championship Spring 2022 telah mula dijual hari ini bagi acara yang akan berlangsung selama 3 hari bermula daripada 10-12 Jun 2022. Prize Pool $150,000 buat PMPL SEA Championship Spring 2022, dan ini dia Sneek Peek 16 Pasukan yang akan merebut gelaran Juara PMPL SEA Championship Spring 2022 nanti! Pasukan manakah yang akan jadi juara nanti?

May be an image of text that says 'PRO LEAGUE SOUTHEASTAS 2022 PMPL SEA CHAMPIONSHIP SPRING TEAM PREVIEW MY yoodl TEAM SECRET TS YA4R FARANG DOZ TH FRG @VAMPIRE ESPORTS VPE BACON ENTERTATONT HAIL Bac TEM HEINFINITY HAIL VN INFIN BOX BAO NAM EAGER EAGLE ESPORT BN 2E ION EVOS RRQ LIVE ON KRAFTON FAN PAGE PUBG MOBILE (MY)/ PUBG MOBILE Esports Malaysia VSPN PUBG MOBILE Malaysia realme'

Kali ini $150,000 Prize Pool akan menjadi habuan buat 16 pasukan yang akan bertanding dalam PMPL SEA Championship Spring 2022.

Sneak Peek 16 Pasukan PMPL SEA 2022
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Kita akan menyaksikan 16 Pasukan terhebat PUBG Mobile di Asia Tenggara beraksi daripada 10 Jun sehingga 12 Jun 2022 ini.

May be an image of text
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Untuk pengetahuan, 16 pasukan ini semuanya datang daripada region yang berbeza, mereka juga bersaing di Kejohanan masing-masing dan berjaya merebut tempat di PMPL SEA 2022 ini dengan pasukan lain yang sengit juga.

Kredit : Youtube SEAGM

Team Secret merupakan pasukan daripada Malaysia yang bertanding melalui PMPL SEA Championship S4. Manakala pasukan Malaysia lain yang turut tersenarai dalam PMPL SEA 2022 iaitu Yoodo Alliance X 4 Rivals, Dingoz Esports dan Farang Lejund bertanding melalui PMPL MY/SG/PH Spring 2022 baru-baru ini.

Vampire Esports win the PMPL Thailand Spring 2022 - Dot Esports
Kredit : Dot Esports

Wakil daripada Thailand iaitu Vampire Esports, Bacon Time, serta TEM Entertainment merupakan finalis grand finale PMPL Thailand Spring 2022 turut tersenarai dalam PMPL SEA 2022 ini.

PMPL Indonesia Spring Finals 2022 ION Esports
Kredit : Gaming On Phone

Negara Indonesia pula diwakili oleh IO Esports, Evos Reborn dan RRQ Ryu sama-sama bertanding mendapatkan gelaran Juara PMPL SEA Championship Spring 2022 buat Indonesia.

PMPL Vietnam Spring 2022 champion
Kredit : Gaming On Phone

Apakah Pasukan Vietnam seperti Box Gaming, D’Xavier dan BN United yang berjaya pada PMPL Vietnam Spring 2022 akan mengekalkan momentun mereka sehingga PMPL SEA 2022 ini?

Pevita Pearce wakili Indonesia di ajang PUBG Mobile Team Up | ONE Esports  Indonesia
Kredit : One Esports

Atau layakkah pasukan yang diberi peluang kedua di SEA Play-ins iaitu HAIL Esports (Thailand), The Infinity (Thailand) dan Eagle Esports (Vietnam) menunjukkan kemampuan mereka sekali lagi di PMPL SEA 2022 ini? Kita lihat nanti aksi mereka semua di Pavilion Bukit Jalil nanti!

Terdapat sedikit perubahan dimana, Pasukan TJB Esports telah digantikan oleh Eagle Esports (Vietnam) bagi mengisi kekosongan tempat pasukan TJB Esports kerana terdapat masalah konflik dalam jadual yang tidak dijangka.

Kredit : Youtube PUBGM Melayu

Masalah konflik jadual ini telah menyebabkan pasukan TJB Esports tidak dapat menyertai acara PMPL SEA Championship Spring 2022 secara luar talian.

Oleh itu berketepatan dengan peraturan kejohanan, slot tersebut telah diberikan kepada pasukan yang menduduki Top 4 didalam ranking semasa Sea Play-Ins diadakan iaitu Eagle Esports daripada Vietnam.

May be an image of text that says 'PRO LEAGUE SOUTHEASTASIA PUBG MOBILE 2022 PMPL SEA CHAMPIONSHIP SPRING TICKETING OPENS FROM 5.27 -6.9 TOURNAMENT TIME 6.10- 6.12 2:30 PM-11 PM ADDRESS: PAVILION BUKIT JALIL EXHIBITION CENTRE, KUALA LUMPUR BUY TICKET IN HTTPS://BIT.LY/PMPLSEA_TICKET •1-DAY TICKET: RM20 3-DAY TICKET: RM50 KRAFTON KTnsent VSPN realme'
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman offline ini, serta cepat-cepat dapatkan tiket ke 2022 PMPL SEA Championship Spring ! Nantikan kesemua aksi yang dijangka 10 hingga 12 Jun di Pavilion Bukit Jalil. Jangan lupa untuk sokong Pasukan Malaysia khususnya!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *