Perlawanan akhir Mobile Legends Bang Bang MLBB di Sea Games 31 Hanoi Vietnam baru-baru ini telah menyaksikan pasukan Filipina menguasai perlawanan walaupun hanya mengekalkan 3 orang pemain asal seperti Wise, Hadji dan juga OhMyV33nus.
Manakala 2 lagi ahli pasukan lain pula diambil semasa pemilihan umum yang dilakukan Blaclisted International beberapa hari sebelum pertandingan.
Kenyataan ini sendiri diakui oleh Albert apabila dia sendiri bersetuju dengan pendapat umum yang mengatakan pasukan Filipina sememangya pasukan yang kuat dan hebat.
Tambahan lagi, pasukan Filipina memang menjaga prestasi dan mutu persembahan mereka di arena kompetetif MLBB ini sepanjang tahun sehinggakan mereka mampu untuk mendominasi permainan ini pada akhir pusingan MLBB di Sukan Sea 31 tempoh hari.
“Komen di atas pretasi pasukan Filipina? Ya, mereka sangat kuat. Pencapaian mereka boleh dilihat sepanjang tahun di pertandingan sebelum ini. Mereka mendominasi,” Kata Albert.
Selain itu, kita tidak menafikan lagi kekuatan pasukan Filipina ketika mereka mampu untuk mempunyai corak permainan yang tersendiri, ada juga diantara mereka yang mempunyai hero terhad atau kerap menggunakan hero yang sama boleh menyesuaikan diri menggunakan hero lain ketika perlawanan akhir itu.
Rajin mencuba sesuatu yang baru untuk keluar dari zon selesa,membuatkan mereka seperti mampu membaca pergerakkan lawan mereka dan mencari titik kelemahan lawan. Inilah menjadi penyebab kemenangan mereka,
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik