MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

RSG MY Cari Pemain Baru, Siapakah Yang Layak?

ai hyprgame
Kongsi
RSG MY Cari Pemain Baru, Siapakah Yang Layak?

Adakah anda seorang yang mahir dalam permainan Peranti Mudah Alih Mobile Legends Bang Bang MLBB? Mahu Jadi Pemain Profesional MLBB? RSQ Malaysia kini memulakan pencarian pemain barunya, agak-agak kalian siapakah yang berani untuk menyahut cabaran RSG MY ini?

Kredit : Instagram RSG MY

Tular di Instagram rasmi milik RSG Malaysia (MY) berkaitan sebuah hantarannya untuk mencari pemain baru bagi divisi tersebut.

RSG MY juga telah menetapkan syarat-syarat bagi menyertai divisi mereka iaitu pemain tersebut haruslah sudah menjadi Master untuk sesuatu role, mempunyai mental yang kuat, disiplin yang tinggi, bekerja keras, komited terhadap kerja serta mampu untuk berkomunikasi dengan baik.

Kredit : My Game On

Untuk pengetahuan, pada tahun 2021 RSG MY telah menjuarai MPL musim ke-7 dengan menewaskan Pasukan Todak di perlawanan tersebut.

Oleh yang demikian, RSG MY adalah nama tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends Malaysia kerana mereka mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Kredit : My Game On

Namun begitu, RSG MY tidak dapat mengekalkan momentun tersebut pada dua musim MPL MY musim ke-8,dan MPL MY musim ke-9. RSG MY tumpas ditangan Pasukan Homebois di sesi Lower Bracket dengan nilai mata 0-2 pada MPL MY musim ke-8. Manakala sekali lagi tewas pada MPL musim ke-9 pada tangan PasukaN Orange Esports di sesi Lower Bracket juga.

Kredit : Youtube Zgaming

Kini, tampuk divisi RSG MY harus diberikan perubahan baru agar mereka mampu untuk bangkit semula menjuarai kejohanan yang akan datang di arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB ini.

Portal Permainan Video dan Sukan Elektronik Malaysia | MyGameOn
Kredit : My Game On

Semoga dengan pencarian bakat baru buat RSG MY ini dapat memperkukuhkan lagi benteng pertahanan RSG MY di dalam perlawanan. Sekaligus melahirkan ramai pendatang baru Mobile Legends Bang Bang MLBB khususnya di Malaysia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *