MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Mobazane Ulas Sebab Indonesia Gagal Rebut Emas Daripada Filipina

ai hyprgame
Kongsi
Mobazane Ulas Sebab Indonesia Gagal Rebut Emas Daripada Filipina

Mobazane nama yang tidak asing lagi sebagai bintang MLBB Amerika baru-baru ini telah menyatakan pendapatnya tentang sebab kegagalan Indonesia yang tewas dalam perlawanan akhir MLBB di Sukan Sea 31 dengan Filipina. Terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan oleh Indonesia saat berakhirnya perlawanan itu termasuk isu “Pause” sebanyak 12 kali serta para pemain yang harus menggunakan rangkaian VPN untuk bermain MLBB di Vietnam.

Logo article
Kredit : Revival TV

Mobazane yang merupakan bekas pemain BTK (Amerika) juga telah memberikan komennya berhubung isu-isu tersebut.

MobaZane Berikan Tanggapan Usai Kasus SEA Games
Kredit : Revival TV

Walaupun isu ini sudah beberapa hari berlalu, iainya masih tetap disebut-sebut oleh sesetengah pihak yang sepertinya masih kurang berpuas hati dengan keputusan perlawanan tersebut. Malah ada juga yang mahukan alasan yang wajar mengenai isu ini.

Kredit : E-sports Arena

Menerusi laman Youtube channel Mobazane, dia memberi pendapat bahawa kemenangan yang dimilliki oleh Pasukan Blacklisted International daripada Filipina itu adalah disebabkan kehadiran WISE dalam pasukan mereka.

MobaZane Considers Wise's Playstyle as the Most Effective in the MLBB Meta
Kredit : AFK Gaming

Tambahannya lagi, Wise sangat menjaga prestasi dan bijak beraksi sebagai Jungler ketika perlawanan tersebut.

ML Sea Games 2022 Roster, Here's the Complete Lineup
Kredit : VC Gamers

Sedangkan Albert sendiri yang sudah mempunyai pengalaman dengan assassin juga tidak dapat menggunakan META dengan sebaiknya. Malah pasukan Indonesia juga terlihat sangat agresif didalam gameplay MLBB.

Kredit : Youtube RaiJyn

Kata-kata Mobazane di saluran Youtubenya yang berbunyi, “Filipina dapat mengalahkan Indonesia di dalam pertandingan ini adalah kerana wujudnya Wise dalam pasukan mereka. Dia sangat menonjol dengan Akai, sementara Albert terbiasa dengan hero assassin. Keaadan ini menyebabkan Filipina sedar akan kelemahan Albert yang sering menggunakan hero assasin.

Kredit : Youtube Zekilled

Menurutnya lagi, “Gameplay Indonesia pula terlihat begitu agresif (terlalu leka untuk mengalahkan musuh) sehingga kurang memberikan tumpuan kepada strategi yang lebih bijak. Tambahan lagi, dengan perubahan META jungler tank tentu memberikan Albert sedikit kesukaran ketika permainan.” kata MobaZane

Kesimpulannya, masalah pause itu sebenarnya normal pada setiap pertandingan MLBB, cuma di Vietnam ianya berlanjutan dan terdapat banyak masalah teknikal kerana permainan ini terpaksa di log in menggunakan VPN. Ianya bukanlah penyebab yang sebenar kekalahan pasukan Indonesia saat itu.

MobaZane Berikan Tanggapan Usai Kasus SEA Games
Kredit : Revival TV

Mobazane menyifatkan kekecewaannya kerana pasukan Indonesia merupakan pasukan All Stars yang sepatutnya menang tetapi kalah dengan pasukan Filipina yang mempunyai wajah baru pada skor 3-1.

Kredit : Daily Spin Indonesia

Mungkin META yang digunakan oleh Albert sebenarnya tidak serasi dengannya? Adakah Indonesia akan menebuh kekalahan mereka ini di MSC 2022 nanti? Semoga pengalaman di Sea Games ini menjadikan Indonesia lebih baik didalam MLBB, malah pasukan daripada negara lain juga harus menjadikan ini sebagai suatu pembelajaran supaya lebih bersedia untuk pertandingan yang akan datang. Kita tunggu dan lihat di MSC 2022 pula ya!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya