MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sea Games 31 Esukan Malaysia Di Label Gagal

ai hyprgame
Kongsi

Berakhirnya Sukan Sea 31 di Hanoi Vietnam beberapa hari yang lepas sememangnya telah memberi suatu tanda tanya tentang prestasi dan perkembangan Esukan Malaysia. Adakah dengan melihat rangkuman prestasi (KPI) kontijen Malaysia yang dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara boleh memberikan penilaian yang tepat dalam menentukan kejayaan esukan negara? atau mungkin arena Esukan masih dalam proses perkembangan?

Sukan SEA Hanoi: Skuad e-sukan mohon maaf gagal pertahan gangsa Mobile Legends
Kredit : Stadium Astro

Majlis Sukan Negara telah pun mengeluarkan rangkuman prestasi kontijen Malaysia berdasarkan Pingat yang diperolehi sepanjang pertandingan pada temasya Sukan Sea Hanoi 31.

Selain acara sukan lain, Esukan juga turut diklasifikasikan dalam sukan yang gagal seperti yang telah disenaraikan oleh Majlis Sukan Negara.

Kredit : Utusan Malaysia

Sebelum ini kita sedia maklum yang target untuk Esukan adalah untuk memperolehi 3 Pingat Gangsa, dan 1 Pingat Emas. Walaubagimanapun target tersebut tidaklah lari terlalu jauh kerana skuad Esukan negara tetap berjaya membawa pulang 3 Pingat Gangsa sebagai habuan.

Kredit: Twitter Astro Arena

Seharusnya, kita lebih melihat kepada persembahan mereka (atlet) negara dalam perlawanan, kerana ada diantara skuad Malaysia yang tidak memenangi Pingat ini mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam pertandingan yang lain.

Jadi kita tidak boleh terlalu tertumpu kepada satu acara sahaja. Tambahan lagi ada esukan kategori baru seperti PUBG Mobile, merupakan kali pertama mereka menyertai Sukan Sea 31.

Kredit : Twitter Astro Arena

Esukan, didalam acara-acara berprestij seperti Sukan Sea ini sememangnya masih lagi baru. Jadi memerlukan masa untuk berkembang dengan usaha, latihan dan lain-lain hal teknikal dengan secukupnya.

Selain itu, aspek-aspek teknikal juga harus dilihat dan diberikan penekanan supaya dapat memperbaiki prestasi dan mutu permainan mereka.

Hakikatnya Malaysia sendiri kurang mempromosikan esukan supaya dapat memberi pengaruh yang kuat kepada peminat mahupun pemain esukan. Apakah mereka menganggap esukan ini sesuatu yang sia-sia? Jika ya, susahlah untuk kita memperkembangkan lagi esukan di negara ini.

Sea Games 31 Esukan Malaysia Di Label Gagal
Kredit : Utusan Malaysia

Walaupun MSN menyifatkan 17 sukan termasuk Esukan di Sukan SEA Hanoi Vietnam 2021 disenaraikan sebagai gagal kerana tidak mencapai target yang telah ditetapkan, namun jumlah ini hanyalah angka semata-mata. Kerana jika dilihat dariapad senarai berkenaan, terdapat juga jenis sukan yang tidak termasuk dalam sukan yang disenaraikan di Olimpik.

Oleh yang demikian, adalah tidak adil untuk kita membuat perbandingan dan pihak MSN seharusnya memaikan peranan yang besar bagi mengembangkan lagi tahap prestasi skuad negara.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *