MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Tahniah Malaysia Menang Pingat Gangsa Sea Games 31

ai hyprgame
Kongsi
Tahniah Malaysia Menang Pingat Gangsa Sea Games 31

Berakhirnya PUBG Mobile di hari ke-3 (akhir) semalam telah mengesahkan yang pasukan Malaysia 1 telah berjaya meraih Pingat Gangsa pada Sea Games 31.

Kredit : Youtube Streamer Up

Semangat yang membara serta sikap yang tidak beputus asa ditunjukkan oleh pasukan Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila mereka memenangi Pingat Gangsa semalam ketika acara terakhir peringkat perkumpulan PUBG Mobile di Sukan Sea 31

Ternyata Jumper yang merupakan line up pasukan Tabah Nsea dalam Malaysia (1) telah memberikan serangan yang bertubi-tubi apabila mengganas di Sanhok.

Kredit : Youtube Streamer MY

Untuk pengetahuan pasukan Malaysia yang mewakili Malaysia dalam acara tersebut terbahagi kepada dua pasukan, iaitu Tabah Nsea dan juga Geek Fam.

Kredit : Youtube Streamer Up

Tabah Nsea mewakili Malaysia (1), dan Geek Fam pula mewakili Malaysia (2). Kedua-dua pasukan ini sama-sama berentap bagi mendapatkan pingat buat negara Malaysia di Sukan Sea 31.

Walaubagaimanapun pasukan Malaysia (2) tidak berjaya membawa sebarang pingat kerana bukan rezeki mereka buat kali ini walaupun mereka telah berusaha sedaya upaya untuk meraih pingat tetap gagal.

Kredit : Youtube PUBG Gaming

Hal ini kerana Malaysia (2) yang dianggotai oleh Uhigh juga telah memberikan persaingan dan cabaran yang sengit kepada pasukan lain. Aksi-aksi pasukan Malaysia (2) yang telah dipersembahkan dengan momen yang menarik, cuma rezeki bukan milik mereka kali ini. Tahniah dan semoga berjaya untuk temasya yang akan datang !

May be an image of text
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Pasukan Malaysia (1) telah berjaya menyingkirkan Filipina pada pusingan terakhir itu sekaligus mendapatkan back to back Chicken Dinner.

Seolah-olah seperti membalas dendam menebus kesilapan mereka yang telah lalu, pasukan Malaysia (1) bangkit membuat comeback bagi merampas pingat dan memenangi satu mata.

Ini merupakan pusingan yang sempurna buat peminat esukan PUBG Mobile di Malaysia.Selain itu, pasukan Indonesia memenangi Pingat Emas, diikuti Vietnam sebagai pasukan Tuan Rumah meraih Pingat Perak pada acara tersebut. Tahniah kepada semua yang telah menyertai acara ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *