MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Isu Pause Instagram Pasukan Filipina Diserang Indonesia

ai hyprgame
Kongsi
Isu Pause Instagram Pasukan Filipina Diserang Indonesia

Baru-baru telah berlangsung Finale Mobile Legends: Bang Bang Sukan SEA Hanoi ke-31 yang menyaksikan pasukan Indonesia bertemu dengan Filipina. Sudah pastinya setiap kali berlangsungnya acara besar seperti ini masalah teknikal akan berlaku, diruang sosial media sudah tersebar tentang isu “Pause” yang dilakukan oleh Pasukan Filipina, namun adakah pause ini disengajakan atau benar-benar terjadi atas alasan masalah teknikal?

Dikatakan semasa perlawanan akhir yang cukup sengit ini, pasukan Filipina terlalu kerap mengangkat tangan untuk pause oleh kerana masalah teknikal.

Tim Esports Indonesia, SEA Games 2021
Kredit : BOLA Esports

Akibat dari perbuatan itu, netizen dari Indonesia tidak berpuas hati dan menyerang pasukan Filipina di Instagram mereka.

Kredit : My Game On

Semua orang sudah tahu yang di dalam pertandingan MLBB Sea Games 31 ini, hanya 5 kali pause dibenarkan ketika perlawanan berlangsung. Jadi jika pause terjadi lebih daripada sepatutnya akan menganggu permainan terutamanya memberi kesan kepada persembahan pasukan lain atau lawannya.

Tim Esports Indonesia, SEA Games 2021
Kredit : BOLA Esports

Lebih mengecewakan apabila, tiada rakaman daripada pertandingan untuk dijadikan sebagai bukti yang pasukan Filipina sengaja berbuat demikian. Dan pihak pengadil atau penatia seolah-olah tidak membantu isu ini diselesaikan.

Kredit : Youtube GMZ Gaming

Kerana apabila pasukan Indonesia meminta penjelasan, mereka tidak memberikan jawapan yang tepat kepada Indonesia. Sememangnya masalah pause ini sangat mengganggu pemain terutamanya ketika mereka sudah hampir menang.

Timnas Mobile Legends bawa pulang perak SEA Games Vietnam
Kredit: Antaranews.com

Adakah Pasukan Filipina memang dengan melakukan taktik Pause ni secara kerap? kita sendiri juga tidak tahu kerana sehingga sekarang isu ini menjadi misteri. Malahan netizen Indonesia juga tidak berpuas hati selagi mana isu ini belum dirungkaikan.

Namun begitu, masalah pause ini masih menjadi satu misteri dan netizen Indonesia tidak berpuas hati selagi isu ini belum dikupas.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *