MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Indonesia Menang Emas, Vietnam Bawa Pulang Perak

ai hyprgame
Kongsi
Indonesia Menang Emas, Vietnam Bawa Pulang Perak

Semalam telah berakhir acara PUBG Mobile kategori skuad yang menyaksikan Pasukan Indonesia telah menjadi Juara sekaligus memenangi Pingat Emas.

Kredit : Youtube Gamers PUBG

Pemenang Pingat Emas telah diraih oleh Pasukan Indonesia (2) tanpa Win Win Chicken Dinner WWCD sekaligus berada di ranking Top 1 dalam overall ranking kategori berkumpulan acara PUBG Mobile Sukan Sea Hanoi 31.

Pasukan Indonesia merupakan antara pasukan yang digeruni di arena PUBG Mobile yang penuh dengan saingan ini kerana mereka mempunyai kekuatan dan kebolehannya tersendiri.

May be an image of 4 people, people standing and text
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Manakala pemegang Pingat Perak pula dimenangi oleh Pasukan Vietnam (1) sebagai Tuan Rumah yang pertama sekali dalam sejarah meraih 3 Win Win Chicken Dinner WWCD serta mencatat jumlah mata singkiran tertinggi diantara pasukan yang bertanding iaitu sebanyak 80 Elims.

May be an image of 6 people, people standing and text that says 'PUBG G MOB ESPORTS MOBILE ESPORTS 31 SEA GAMES VIET NAM 2021 31"SE VIET AM #3 BRONZE MEDAL CONGRATULATIONS KRAFTON CONEPEEDEDUNTIN UNG GAMES VIRESA'
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Tahniah kepada pasukan Malaysia (1) kerana berjaya membawa pulang Pingat Gangsa buat Malaysia. Nampak gayanya musim Kejohanan PMPL yang akan datang pastinya akan menjadi yang paling ditunggu buat semua peminat PUBG Mobile. Sudah tentu pelbagai aksi dan persembahan menarik bakal dipersembahkan oleh pasukan-pasukan ini.

Tahniah untuk Sea Games 31, jumpa lagi di acara akan datang!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *