MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

WWCD Pertama Indonesia Kategori Skuad

ai hyprgame
Kongsi
WWCD Pertama Indonesia Kategori Skuad
Kredit : sports.sindonews.com

Sebelumnya, Indonesia telah meraih satu Pingat Perak melalui Alan Raynold Kumaseh INA1Alan di acara kategori Solo PUBG Mobile Sukan Sea 31. Semalam pula kita telah menyaksikan pasukan Indonesia berada di ranking yang baik apabila berada di tangga 4 dan 5 sejak hari ke-2 kategori berkumpulan PUBG Mobile dipertandingkan. Pasukan Indonesia (1) akhirnya mendapat satu Win Win Chicken Dinner WWCD setelah bertungkus-lumus pada pertempuran semalam.

Kredit : technologue.id

Pasukan Indonesia yang terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu pasukan Merah Putih dan Garuda sekali lagi akan beraksi di hari terakhir bagi merebut pingat dengan pasukan yang lain.

Kredit : PUBG Mobile Malaysia

Hari ini 22 Mei 2022, merupakan hari terakhir yang menjadi penentuan tentang pasukan manakah yang layak bergelar juara atau membawa mana-mana pingat buat negara yang diwakili.

Kredit : Youtube Gamers PUBG

Untuk pengetahuan, pasukan Indonesia sangat konsisten dalam mengekalkan momentun mereka sejak acara Solo PUBG Mobile lagi. Sehinggakan mereka berjaya mengekalkan kedudukan mereka yang selesa sehingga layak berada dalam Overall Ranking Finals Team PUBG Mobile untuk Sea Games 31.

May be an image of text
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Pengurus Produk PUBG Mobile Indonesia, Elvarica Noviyanti mengatakan Pasukan Indonesia ini sentiasa berjuang untuk tampil luara biasa selama bersaing dengan berbagai negara di SEA Games 2021 Vietnam.

Setelah mendapatkan Pingat Perak di Kategori Solo, beliau sangat yakin Indonesia mampu untuk mengekalkan prestasi yang baik bagi mendapatkan Pingat di Kategori Skuad pula.

Give Support, PUBG Mobile Indonesia Holds Nobar in 3 Big Cities – 1NEWS
Kredit :

“Kami bangga dan terus menyokong Pasukan Nasional PUBG Mobile Indonesia yang sedang berjuang bagi mengharumkan nama bangsa. Kami yakin atlet-atlet pemuda ini akan dapat memberikan persembahan yg terbaik. Perjuangan dan kegigihan mereka untuk mengharumkan nama bangsa tentunya akan menjadi inspirasi bagi anak-anak muda lain di tanah air,” kata Elvarica Noviyanti dalam kenyataan rasminya.

Karena itu, sebagai sokongan buat pasukan Indonesia, Elvarica secara positif akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada mereka pada babak akhir acara final Kategori Skuad PUBG Mobile di hari terakhir Sea Games 31 ini. Good Luck Indonesia !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *