MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Team Mode Finals Malaysia Rank 8 Dan 9

ai hyprgame
Kongsi
Team Mode Finals Malaysia Rank 8 Dan 9

Sejak semalam di perlawanan pada hari ke-2 PUBG Mobile Sea Games Hanoi Vietnam telah menyaksikan pasukan Malaysia berjaya berada dikedudukan yang selesa iaitu pada rank ke-8, dan ke-9 bagi kategori skuad tersebut. Mereka hanya bersebelahan dengan pasukan Thailand dan Filipina, adakah pasukan Negara mampu membawa satu pingat buat Malaysia? kita saksikan!

May be an image of text
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Selain itu, bagi Overall Standings Final Kategori Skuad di hari ke-2 di Sukan Sea 31 juga menyaksikan pasukan Vietnam telah berjaya meraih Win Win Chicken Dinner WWCD secara berturut-turut (back to back) sehingga mereka juga menempatkan diri

Inilah Kekuatan Tim PUBG Mobile Indonesia Pada SEA Games Hanoi 2021! -  INDOESPORTS
Kredit : Indoesports.com

Manakala, pasukan Indonesia di kedudukan yang selesa sehingga hari ke-2 semalam dengan Indonesia (2) mendapat 35 singkiran, pula telah bangkit untuk berada di tempat 4, manakala pasukan Indonesia (1) berada dikedudukan 5 sekaligus mendapat 1 Win Win Chicken Dinner WWCD.

Nsea, Geek Fam Berjaya Ke Final Kategori Skuad
Kredit : Hyprgame Malaysia

Skuad Malaysia pada Hari Ke-2 Finals Sea Games juga memberikan prestasi yang baik dari Ranking ke-15 ke Ranking Ke-9 melalui pasukan Malaysia (2) yang diterajui oleh Geek Fam.

Manakala pasukan Malaysia (1) yang dianggotai oleh Tabah Nsea terkini berada di Ranking ke-8 dengan 45 Elims, Rank 35 dengan Total 80.

Kredit : PUBG Mobile Malaysia

Semoga keputusan ini bakal memberikan rotasi dan ruang yang lebih baik kepada ahli pasukan seperti UHIGH menyerlah di hari ke-3, hari terakhir finals SUKAN SEA!

Segala-galanya bakal terjawab pada finale match PUBG Mobile nanti. Teruskan sokongan anda kepada Skuad Malaysia!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *