MEMUAT

Taip untuk mencari

TODAK Mengaum Di Sukan SEA 31

ai hyprgame
Kongsi
TODAK Mengaum Di Sukan SEA 31

Pasukan TODAK telah pun berlepas ke Hanoi Vienam bagi perjuangan mereka di Sukan SEA 31 18 Mei 2022 ini. Mental dan fizikal sudah pun bersedia bagi meraih kemenangan pulang ke Malaysia! Ayuh kita sokongan skuad Malaysia ini untuk memegang pingat emas di sukan sea kali ini!

May be an image of 7 people, people standing and text
Kredit : Facecook MPL Malaysia

Ternyata inilah lineup yang ditunggu-tunggu oleh peminat Mobile Lgends Bang Bang menerusi pasukan TODAK ini. Pertandingan untuk kategori Mobile Legends Bang Bang akan berlangsung selama 3 hari iaitu bermula daripada 18 Mei hingga 20 Mei 2022 ini di sukan sea 31.

Kredit : Utusan TV

Pastinya ramai peminat Mobile Legends Bang Bang tidak sabar untuk menantikan aksi dan persembahan pasukan ini ketika pertempuran nanti. Selain lineup mereka 4MEYZ, AJIQTUSOK, MOYY. CIKUGAIS. MOON & MOMO yang sudah pun berpengalaman di arena ini. Jangan lupa gabungan mantap mereka dengan pemain pinjaman yang mengantikan posisi Yums iaitu XORN atau nama sebenarnya Mohamad Zul Hihsam Mohd Noor merupakan pemain yang serba boleh daripada pasukan Geek Fam My turut menjadi benteng pertahanan pasukan ini meraih pingat.

Kredit : Youtube Zgaming

Pernah menjadi juara MPL musim ke-9 bagi tahun 2022 ini, tidak mengakhiri perjuangan mereka untuk terus memberikan yang terbaik buat pemiant Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Untuk pengetahuan, mereka juga akan beraksi di Piala Asia Tenggara Mobile Legends Bang Bang MLBB MSC 2022 pada Jun nanti. Wah! nampak gayanya mereka akan terlalu sibuk demi menyiapkan diri di Sukan SEA 31, dan juga MSC yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

TODAK Mengaum Di Sukan SEA 31
Kredit : Facecook MPL Malaysia

Berbeza untuk Sukan Sea kali ini kerena mereka akan membawa nama negara Malaysia bukan bermain untuk nama pasukan semata-mata. Oleh itu tidak kira pasukan mana, siapakah ahli mereka, itu semua tidak penting buat masa sekarang, kerana ketika ini sesiapa saja yang membawa nama Malaysia perlulah disokong oleh rakyat Malaysia terutamanya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *