MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

PUBG Mobile Campus Leader X SEA Games

ai hyprgame
Kongsi
PUBG Mobile Campus Leader X SEA Games

Adakah anda berminat untuk menceburkan diri didalam bidang esukan? Anda mungkin boleh bermula sebagai Host acara untuk kampus di university anda! Kini PUBG Mobile Campus Leader kembali lagi dengan kedatangan Sea Games. PUBG MOBILE Campus Leader Program merupakan suatu program yang direka khas untuk pelajar universiti yang ingin mencipta kerjaya dalam bidang esukan. Pendaftaran telah pun dibuka, jom sertai sekarang!

Pelajar Universiti bersiap sedia! PUBG Mobile Campus Championship bakal  mengegarkan Kampus anda! - gamersantai.com
Kredit : Gamer Santai

Seperti tahun lalu, PUBGM juga pernah menganjurkan pertandingan antara kampus iaitu PUBG Mobile Championship, tetapi sedikit berbeza dengan musim ini kerana ianya lebih mengetengahkan bakat dalam mencari siapa yang ingin bergiat aktif dalam industri esukan terutamanya PUBGM. Disamping itu memberikan peluang kepada anak muda untuk lebih mendalami esukan ini bagi tujuan perkembangan kerjaya.

Tambahan lagi, PUBG Mobile Campus Leader ini juga akan diserikan dengan temasya Sukan SEA 31 yang telah diwakili oleh skuad Malaysia Geek Fam dan Tabah Nsea.

May be a cartoon of 5 people and text
Kredit : Facebook PUBG Mobile Esports Malaysia

Pendaftaran PUBG Mobile Campus Leader ini bermula pada Rabu 18 Mei sehingga Ahad 22 Mei 2022, acara ini akan mengunjungi universiti atau kampus terpilih bagi melaksanakan misi PUBG Mobile Campus Leader ini.

Universiti atau kampuas manakah yang akan terpilih? adakah kampus anda? jangn lupa untuk tinggalkan komen di ruangan Facebook mahupun platform sosial media PUBG Mobile Malaysia yang lain nama kampus atau universiti anda nanti. Mungkin anda peminat yang bertuah yang bakal dikunjungi oleh lineup pujaan anda !

Kredit : Facebook PUBG Mobile Esports Malaysia

Selain itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyertai program latihan industri dan biasiswa (Internship & Scholarship) yang ditawarkan oleh PUBG Mobile. Anda mungkin orang yang bertuah untuk menyertai program ini. Ayuh serlahkan bakatmu!

Borang pendaftaran menyertai program ini boleh didapati melalui saluran Facebook PUBG Mobile Malaysia menerusi hantaran PUBG Mobile Campus Leader tersebut. Jangan lupa untuk melengkapkan borang tersebut sebelum tamat tempoh acara.

PUBG Mobile Campus Leader X SEA Games
Kredit : Facebook PUBG Mobile Esports Malaysia

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program PUBG Mobile Campus Leader sila lawati platform sosial media PUBG Mobile seperti Facebook dan Instagram sekarang!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *