MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

ECHO Esports Top 4 Ke Final FFWS

ai hyprgame
Kongsi
ECHO Esports Top 4 Ke Final FFWS

Kategori Play-Ins acara Free Fire World Series 2022 telah pun berakhir dimana 4 pasukan telah menjadi top yang akan ke peringkat finale pula. Setelah bertungkus-lumus melalui 6 match sepanjang Free Fire World Series 2022, pasukan Indonesia Echo Esports telah berjaya menjadi 4 yang terbaik mara ke pusingan final. Echo Esports dengan 39 kills dan 84 points telah melepasi telah menguasai medan pertempuran pada kali ini.

FFWS 2022 Play-Ins overall standings (Image via Garena)
Kredit : Sportskeeda

Aksi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Echo esports seperti Echo Dutzz, Echo Ombac, Echo Kojaa dan Echo Kiba telah berhasil menangkis lawannya yang lain bermula daripada saat babak Play ins terjadi. Imbas kembali, ketika berada di Map Bermuda, Echo Esports telah berjaya mendominasikan permainan dengan memperolehi sejumlah 26 mata, ditambah lagi 14 Kills serta lagi 12 mata tambahan kerana berjaya menyelesaikan misi mendapatkan Booyah di game pertama.

Echo Esports ke Finals FFWS 2022
Kredit : Liga Game TV

Walaupun, di game kedua Echo Esports berakhir di posisi ke-4 pada placement board di Map Kalahari yang cuma mendapat 13 mata serta  6 kills points dan 7 skor mata sahaja.

Image Body
Kredit : Liga Game TV

Dan akhirnya mengawal semula permainan pada match seterusnya sehingga dapat lepas ke peringkat final Free Fire World Series 2022.

Untuk pengetahuan, selaian Echo esports, 3 lagi pasukan yang layak berentap bersama mereka ke finale nanti adalah Attack All Around (Thailand), Vivo Keyd (Brazil) dan juga V Gaming (Vietnam).

Kredit : Hybee Gaming

Kesemua 4 pasukan yang berjaya di Play-Ins ini akan mara ke peringkat finale dan berhadapan dengan 8 lagi pasukan yang sudah terus ke final iaitu LOUD (Brazil), Evos Divine (Indonesia),Team Flash (Vietnam), Mineros Esports (Latin America), Farang (MCP), Wask (MENA), Evos Phoenix (Thailand), dan juga Vastomundo (European Union)

Kredit : Garena Free Fire MY

Adakah Echo esports akan mengekalkan momentunnya apabila bertempur dengan lawannya pasukan yang lain? kita tunggu dan lihat nanti di Grand Finale yang akan berlansung pada 21 Mei 2022 ini.

Pastinya FFWS 2022 pusingan final nanti akan dipenuhi dengan rasa keterujaan oleh semua peminat mahupun penyokong apabila kesemua pasukan yang layak berada di pentas final ini beraksi untuk merebut trofi kemenangan sekaligus menjadi juara FFWS 2022. Siapakah yang berpontensi merangkul kejuaraan ini? kita saksikan nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *