MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Wild Rift Icons Global Championship 2022 Di Singapura

ai hyprgame
Kongsi
Wild Rift Icons Global Championship 2022 Di Singapura

Riot Games Wild Rift Icons Global Championship 2022 akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura atau Suntec Convention and Exhibition Center Singapore. Kejuaraan Global pertama ini akan bermula pada 14 Jun dan berakhir pada 9 Julai 2022. Rasai pengalaman musim panas ini di tempat yang tidak asing ini di Singapura.

Kredit : Liquipedia

Kejuaaraan ini mempunyai 5 peringkat iaitu Play-In, Group, Quarterfinal, Semifinal, dan akhir sekali Final Stage yang akan berlangsung pada 9 Julai 2022 ini. Manakala untuk Play-In pula pada 14 hingga 18 Jun, diikuti peringkat berkumpulan Group pada 21 hingga 25 Jun 2022. Untuk Quarterfinal pula pada 1 hingga 2 Julai dam Semifinal pada 5 hingga 6 Julai 2022 nanti.

05082022_Icons2022AnnouncementPiece_image22_opt.png
Kredit : Riot Games

Tournament yang menampilkan 24 pasukan, dimana 8 pasukan telah pun layak untuk terus mara ke peringkat final melalui pertandingan serantau Regional Competition, dan cuma tinggal lagi 16 pasukan akan meneruskan perjuangan mereka di peringkat play-in bagi melayakkan mereka untuk mara ke peringkat final Wild Rift Global Championship 2022 ini.

Kredit : League of Legends: Wild Rift

Perlawanan ini juga akan menyaksikan semua peserta untuk bersaing demi meraih hadiah sebanyak $2juta selain meraih gelar juara dunia Wild Rift Global Championship 2022.

Untuk pengetahuan, rancangan awal penganjur adalah untuk mengadakan pertandingan ini di Eropah tetapi kerana pandemik yang melanda dunia telah memberikan banyak kesulitan berkenaan jadual visa, tarikh re-entry dan lain-lain. Maka Wild Rift Global Championship telah diputuskan untuk berlangsung di Singapura saja. Ini kerana pertandingan ini adalah yang global jadi terdapat banyak pasukan dari negara luar akan turut serta dalam acara ini.

Wild Rift Icons Global Championship
Kredit : Esports Skors ID

Selain memberi peluang kepada semua pasukan untuk menghadiri Icons, mereka juga akan beroleh pengalaman terbaik dan hebat di kejohanan Icons pertama mereka.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan pasukan yang bertanding, pengalaman peminat, format serta jadual mingguan mahupun bulanan akan datang di platform media sosial @wildriftesports untuk kemaskini update terkini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *