MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

TODAK Ke SENTOSA Singapura Untuk Kejohanan FFWS

ai hyprgame
Kongsi
TODAK Ke SENTOSA Singapura Untuk Kejohanan FFWS

Kejohanan Free Fire atau FREE FIRE WORLD SERIES FFWS akan berlangsung pada 14 Mei ini. Acara FFWS ini akan berlangsung di Sentosa Singapura dengan menyaksikan 18 pasukan terbaik dunia untuk bertanding merebut AS$2 Juta (RM8.74 Juta). Salah satu daripada 18 pasukan tersebut itu adalah TODAK yang akan mewakili Malaysia bagi kejohanan dunia FFWS ini.

May be an image of 4 people and people standing
Kredit : My Game On Dot My

Untuk pengetahuan, Kejuaraan Dunia Free Fire World Series (FFWS) 2022 ini juga menpunyai dua kategori iaitu Play-Ins Category dan Finals Category (Direct Invite ). Untuk Kategori Play-Ins pasukan yang tersenarai adalah House Of Blood (Pakistan), Attack All Around (Thailand), Vivo Keyd (Brazil), Ignis Esport (Mexico) V Gaming (Vietnam), LGDS (Taiwan), All Stars Esports (Arab League), Todak (Malaysia), Echo Esports (Indonesia), dan juga Fuego (North America)

Kredit : Garena Free Fire MY

Kesemua 10 pasukan ini akan berentap di babak Play-Ins dimana Garena telah menawarkan prize pool untuk Free Fire World Series 2022 dengan nilai besar sebanyak $2,000,000 USD.

FFWS 2022
Kredit : Liga Game TV

Manakala untuk kategori Final (Direct Invite ) pula akan di sertai oleh 8 lagi pasukan iaitu Evos Divine (Indonesia), Evos Phoenix (Thailand), Loud (Brazil), Mineros Esport (Argentina), Team Flash (Vietnam), MCES Africa (Arab League), Farang Esports (Malaysia), Vasto Mundo (Portugal). Wah! nampaknya selain TODAK, Farang Esports juga akan menyertai kejohanan ini sebagai juara MCP Majors.

Di media sosial juga, rata-rata peminat telah memberikan komen berupa kata-kata semangat kepada pasukan TODAK ini. Mereka yakin yang TODAK akan memberikan yang terbaik bagi perlawanan ini.

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'ODAK N FREEF YORLD ORLE SERIES SINGAPORE HERE WE COME'
Kredit : Facebook Todak Official

TODAK mengharapkan peluang berada di FFWS ini akan menunjukkan kebolehan mereka di pentas Global dan meraih kejayaan di peringkat ini. Mungkin mereka terlihat seperti pasukan Undergdogs di tounament ini kerana terpaksa bersaing dengan lagi 17 pasukan lain yang merupakan top dunia. Walaubagaimanapun cabaran harus diteruskan dan peluang ini tidak akan disiakan untuk menimba pengalaman yang berharga sepanjang pertandingan ini.

TODAK Ke SENTOSA Singapura Untuk Kejohanan FFWS
Kredit : My Game On Dot My

Tambahan lagi, pasukan ini tidak akan berada dalam tekanan yang teruk walaupun ini adalah percubaan pertama mereka memasuki ke FFWS. TODAK akan terus fokus untuk merancang strategi perlawanan yang terbaik.

These Malaysian Teams Are Ready for the Free Fire World Series 2022 -  Deluxe News
Kredit : Deluxe News

Oleh itu, ayuh kita sama-sama memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada Team Malaysia agar mereka meraih kemenangan dengan jayanya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *