MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Tawaran GARENA FREE FIRE Untuk Pemain Mei 2022

ai hyprgame
Kongsi
Tawaran GARENA FREE FIRE Untuk Pemain Mei 2022

Hari baru bulan baru, Garena Free Fire sekali lagi menawarkan banyak tawaran hebat kepada pemain-pemainya pada edisi Mei 2022 kali ini. Permainan pertarungan ini atau lebih dikenali dengan genre Battle games ini telah menjadi buah mulut orang di seluruh dunia kerana popularitinya. Buat peminat, Garena Free Fire telah mengemaskini ciri-cirinya seperti karakter, skins, senjata (weapons), dan juga pelbagai acara menarik.

Exciting events and updates are waiting ahead for the Garena Free Fire players in May 2022.
Kredit : HT Tech

Musim baru 48 pas elit telah tiba (Season 48 Pass Elite), seperti biasa setiap bulan akan ada pas baru yang dikeluarkan oleh Free Fire, tetapi pas ini hanya boleh digunakan kepada pemain setelah mereka dapat menyelesaikan misi yang diberikan di dalam permainan ini. Pas ini mengandungi pelbagai ganjaran kepada pemain seperti King Lune of Lune Backpack, Checkered King Bundle dan banyak lagi.

Kemaskini Free Fire OB34 juga telah dilancarkan kepada pemain dengan harapan dapat menawarkan pelbagai barangan ataupun items menarik yang boleh digunakan semasa pertempuran.

The Free Fire World Series will be making its return in May next year. (Photo: Garena)
Kredit : Yahoo News

Selain daripada kemaskini yang telah dilancarkan, Free Fire juga akan mengadakan acara seperti Free Fire World Series 2022 pada minggu ke-2 bulan Mei ini. Untuk tahun ini Singapura sekali lagi akan menjadi penganjur kepada Garena Free Fire World Series 2022. Awalnya, Garena telah mengumumkan 22 pasukan daripada 13 buah wilayah utama akan bersaing dalam acara ini.

Kredit : Youtube Garena Free Fire MY

Tambahan lagi, Garena juga seperti biasa mempunyai lagi dua acara menarik iaitu Luck Royale dan Booyah Event dimana para pemain mengharapkan event ini boleh diakses didalam permainan pada setiap masa. Diamond Royale, Incubator, Moco Store, dan lain-lain lagi.

Tawaran GARENA FREE FIRE Untuk Pemain Mei 2022

Paling menarik Garena sentiasa berkolaborasi dengan jenama, personaliti dan juga perniagaaan lain yang popular untuk menarik lebih ramai lagi penonton atau peminat permainan ini di seluruh dunia. Yang terbaru adalah kolaborasi Free Fire dengan artis KPOP di kenali sebagai BTS telah menarik ramai peminat kerana ramai yang meminati kumpulan penyanyi band itu. Dan ada khabar angin tersebar yang mengatakan Garena akan berkolaborasi dengan seorang lagi selebriti daripada Kazakhstan iaitu Irina Kairatovna namun masih belum di disahkan secara rasmi lagi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *