MEMUAT

Taip untuk mencari

Gadis disebalik suara ejen Fade

Kongsi
 Gadis disebalik suara ejen Fade

Penambahan ejen Fade baru-baru ini sebagai salah satu watak initiator yang baharu, membuatkan ia menjadi ejen keutamaan dalam mana-mana perlawanan. Bukan itu sahaja, Fade yang berfungsi seperti Sova tetapi mempunyai kelebihan untuk membutakan pihak lawannya.

Pada Ep 4 Act 1 yang lalu, Riot baru sahaja menambah ejen Neon yang membawa watak sebagai duelist di dalam permainan, meskipun sambutan ejen itu pada awalnya sangat memberasangkan tetapi ia kurang digunakan selepas mengetahui kelemahan ejen tersebut yang senang untuk dibunuh di dalam permainan.

Kali ini, dengan kemasukkan ejen Fade sebagai ejen baharu di dalam permainan, telah membawa meta yang baharu buat pemain. Ejen yang mampu untuk menjejaki musuh dan menunjukkan gerak geri musuh sekiranya terkena kebolehannya itu.

Tetapi siapakah wajah disebalik ejen baharu ini?

Karakter yang berasal daripada Turkey ini dibawa oleh Selin Cuhadaroglu yang mempunyai wajah yang cantik serta merupakan seorang pelakon yang berasal daripada Instanbul, Turkey. Selin juga merupakan graduan daripada Enka Schools pada tahun 2017 sebelum menjadi seorang pelakon.

Si jelita ini telah membawa lakonannya di dalam ceria Akinci(2021), Further Instructions(2015), dan Let’s Kick It(2017). Mempunyai minat yang besar dalam bidang lakonan, dan telah membawa watak dengan jayanya dan membuatkan Selin diminati ramai.

Pengambilan Selin sebagai pelakon suara bagi watak Fade ini merupakan keputusan yang tepat, dan telah mendapat sambutan daripada beberapa wajah ternama di dalam bidang pembangunan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *