MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , , ,

3 Cara nak tahu hacker di Dota2

Kongsi
3 Cara nak tahu hacker di Dota2

Bagi peminat Dota2 ataupun pemain tegar bagi permainan startegy ini, semestinya tidak menyukai sebarang penipuan yang merosakkan keseronokkan dan saingan yang ada di dalam permainan ini.

Setiap perlawanan yang dimainkan semestinya telah memberikan debaran yang hebat serta keseronokkan yang berlainan di dalam Dota2, lebih-lebih keseronokkan yang ada rasa selepas menang dalam perlawanan yang sengit. Tetapi keseronokkan itu tidak kekal lama, selepas munculnya pemain yang telah melakukan penipuan dengan menggunakan aplikasi ketiga yang mampu memberikan keistimewaan buat dirinya sahaja.

Tiga cara untuk melihat sekiranya pemain lawan melakukan penipuan dalam permainan.

Salah satu penipuan yang sering berlaku dalam permainan adalah kejutan skill yang diberikan oleh pihak lawan. Selalunya pemain yang menggunakan penipuan seperti ini kerap menggunakan hero seperti Lion dan Shadow Shaman, kerana ia mampu untuk menahan lawan (hexing) atau memberikan damage yang sangat tinggi di awal permainan.

Cheat ini mempunyai range nya sendiri dan secara automatik akan menggunakan skill mereka meskipun kita telah melakukan serangan hendap daripada tempat tersembunyi. Kita boleh juga menggunakan umpanan smoke of deceit (SOD) yang tiada pemain lawan mampu menjangka kehadiran kita kecuali pengguna cheats ini.

Kombo wombo Eul’s dan Lotus Orb

Kombo Euls dan Lotus adalah satu lagi penipuan yang selalu terjadi di dalam permainan yang selalunya digunakan oleh pemain hero Skywrath Mage, Legion Commander dan Invoker. Kombo ini dengan secara automatik nya mengangkat musuh dan mengeluarkan kombo skill untuk satu hero sahaja. 

Cara untuk mengenal pasti pengguna menggunakan cheats ini, daripada reaksi ataupun tindak balas yang dilakukan oleh pihak lawan yang melawan hukum Dota 2 yang sangat pantas daripada tindak balas manusia.

Map Hack yang mampu untuk melihat keseluruhan peta permainan.

Salah satu penipuan yang sering terjadi dari dahulu lagi. Penipuan yang memberikan kelebihan terhadap individu dan juga kepada pasukannya. Penipuan ini tidak asing lagi di dalam mana-mana permainan strategy yang mampu merosakkan sistem permainan ini.

Pemain yang kerap menggunakan penipuan ini selalu menggunakan hero yang mampu untuk melakukan pembunuhan secara bersendirian atau menculik pihak lawan bagi memberi kelebihan buat ahli pasukannya seperti Pudge, Invoker dan lain-lain. Lantaran itu, pemain sepatutnya boleh sedar akan penipuan ini dengan melihat replay perlawanan mereka dan melihat gerak geri yang dilakukan oleh musuh tanpa sebarang vision diberikan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *