MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: Trend baru? Ini 3 hero fighter jungler paling popular

atq_hyprgame
Kongsi

Adakah kekerapan pengambilan hero fighter sebagai jungler adalah trend baru di MPL Malaysia S9? — Kita banyak melihat hero fighter dibawa masuk ke dalam draft sebagai core. Tidak mengecewakan, memang hero fighter jungler adalah pilihan terbaik!

Sebelum ini, di musim MPL yang terdahulu, kita ada menyaksikan hero assassin seperti Yi Sun-shin, Aamon, Hayabusa, Lancelot & Gusion dijadikan trend sebagai core dalam permainan. Tidak dapat dinafikan, penggunaan hero assassin sebagai jungler masih lagi relevan. Cuma di MPL Malaysia S9, hero fighter jungler menjadi pilihan.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang Wiki

Hero assassin seperti yang dinyatakan pernah menjadi trend, dan sehingga kini masih lagi dibawa masuk. Tetapi kebelakangan ini, banyak pasukan yang mula membawa masuk hero fighter jungler seperti Yin, Paquito & Aulus. 

Hero fighter jungler memang paling sakit masuk sahaja di fasa late game. Mungkin di awal permainan mereka tidak menyerlah kerana perlu fokus untuk naikkan level & farm dengan secukupnya. 

3 hero fighter jungler terbaik di MPL Malaysia S9

Buat masa sekarang, 3 hero ini adalah hero fighter yang paling banyak dipilih untuk dibawa masuk ke dalam draft sebagai core. Bukan sahaja di kompetitif, tetapi di ranked tinggi juga ramai yang mula cuba memainkan hero fighter jungler ini. 

Ketiga-tiga hero fighter ini ada kelebihan masing-masing. Tapi kebanyakannya, kelebihan mereka adalah sama iaitu mendapat power spike di fasa late game & ketika capainya level yang diperlukan. Bukan tak berkesan di fasa early game, tapi untuk melihat 100% keberkesanan, fasa late game adalah yang terbaik. 

Aulus 

Memang banyak kali Aulus dibawa masuk ke dalam draft sebagai hero fighter jungler. Aulus perlu dapatkan Level 12 untuk bergerak dengan lebih agresif. Damage yang dikeluarkan oleh Aulus sangat besar. Jadi, memang sesuai Aulus dimainkan di fasa late game.

Bukan sahaja boleh jadi fighter jungler yang berkesan, dia juga sangat berguna di dalam perlawanan. Kalau 1V1, memang tiada masalah untuk seorang Aulus. Dia boleh keluarkan damage besar dengan pukulan yang berbisa. Sebab itu hero fighter ini banyak kali dijadikan sebagai core.

Sumber: MOONTON

Yin

Yin memang berkesan dalam draft. Tetapi dia lebih kepada ‘hero pengacau’. Ultimate yang ada pada Yin memang menjengkelkan. Dia perlu sasarkan hero yang betul untuk berlawan dengan dia, 1V1. Kalau dia menculik hero support seperti Rafaela, memang tidak membuahkan hasil. 

Tapi, untuk dia menculik Aulus, agak sukar kerana setiap pasukan akan melindungi jungle mereka daripada tertangkap. Jungle sangat penting. Perlawanan juga bermula jika jungler sesuatu pasukan bersedia untuk team fight.  

Yin memang sakit. Cuma, ada cara untuk counter hero ini. Melihat dari draft yang disiapkan, rasanya Aulus adalah jawapan kepada Yin. Kalau Aulus berlawan dengan Yin, memang Aulus akan menang. Sukar untuk Yin menyerlah. 

Sumber: MOONTON

Paquito 

Hero fighter ini bukanlah hero yang Asing lagi dalam MLBB. Dia memang selau menjadi jawapan kepada jungler. Tidak sukar untuk memainkan Paquito. Capai sahaja power spike, dia boleh snowball dengan mudah di fasa early game. 

Ramai yang suka memainkan Paquito sebagai hero fighter jungler adalah disebabkan oleh keberkesanan dia dalam memberi damage. Farm cukup, level telah dicapai — Paquito sedia untuk berikan damage. Cuma, kena hati-hati. Paquito adalah hero counter kepada Esmeralda. 

Sumber: MOONTON

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya