MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: Build item Aulus Ajiqtusok paling sakit! Tak MVP tapi OP!

atq_hyprgame
Kongsi

Pasukan Todak banyak kali membawa masuk Aulus di dalam permainan mereka. Tetapi, sejak Ajiqtusok menunjukkan gameplay terbaik menggunakan hero Fighter ini, Aulus sering dikenakan ban lebih-lebih lagi apabila pasukan lawan berhadapan dengan Todak. 

Kalau sebelum ini, kita tidak banyak melihat Aulus dibawa masuk. Kebanyakkan hero yang sering menjadi perhatian untuk dimainkan sebagai core adalah Lancelot, Alucard, Roger, Hayabusa & sebagainya. Tetapi, kemasukan Aulus sebagai core pasukan Todak menjadi perhatian. 

Sebagai hero Fighter, Aulus memiliki power spike yang sangat besar lebih-lebih lagi apabila dia mencapai level yang tinggi. Hero ini akan lebih berkuasa apabila tiba di fasa late game. Dengan farming yang mencukupi, dapatkan buff, dapatkan level yang diperlukan; Aulus bersedia untuk langgar!

Skill 1 Aulus, Charge! membenarkan Aulus berpindah dari satu lane ke lane yang lain dengan cepat. The Power of Axe yang merupakan Skill 2 dia juga mampu untuk sasarkan hero musuh sambil membersihkan minion. Skill 2 Aulus (The Power of Axe) adalah skill yang akan diberi fokus buat pengguna Aulus kerana Skill 2 adalah sumber damage Aulus.

Sumber: MOONTON

KDA: 11/2/9! Tak MVP tapi Aulus Ajiqtusok memang OP 

Di Minggu Ketiga Hari Kedua Regular Season bagi MPL Malaysia S9 (Todak vs Caracal), pemain Jungler pasukan Todak telah pun membawa gameplay Aulus yang sangat OP sehingga berjaya membuat para caster terkejut dengan pembawakan Aulus dari seorang Ajiqtusok. 

Berjaya dapatkan Maniac ketika menentang Caracal dengan menggunakan Aulus, tiada gameplay yang lebih baik daripada mendapatkan 4 kejatuhan untuk dirinya sahaja! Walaupun Momo yang memakai Beatrix berjaya menguasai permainan dengan baik, tetapi Aulus Ajiqtusok juga berjaya keluarkan damage yang besar untuk pastikan pasukan lawan tidak boleh pergi dengan lebih jauh. 

Untuk Ajiqtusok, Aulus beliau berjaya rekodkan KDA: 11/2/9 dengan penggunaan spell Retribution yang bertindak sebagai core dalam permainan. Aulus Ajiqtusok mampu jatuhkan pihak lawan dengan mudah apabila power spike & item yang baik telah disiapkan. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Inilah Build Item: Aulus Ajiqtusok sehingga dapat 11 penyingkiran

Bermula dengan spell, Ajiqtusok telah mengambil Retribution sebagai spell beliau disebabkan beliau bertindak sebagai Jungler/Core pasukan Todak. Retribution adalah spell yang penting untuk seorang Jungler.

Windtalker 

Untuk dapatkan perlawanan yang baik di fasa early game, Ajiqtusok telah pun menyediakan Windtalker. Item ini boleh memberi Physical Attack yang sangat baik kepada hero pasukan lawan. Dengan adanya 25% Attack Speed, Aulus boleh dapatkan kekuatan yang agak baik di fasa early game

Juga, kenaikkan level untuk seorang Jungler sangat penting. Dengan farming yang cukup, seorang Jungler boleh siapkan item dengan cepat. Dalam penyediaan item, Ajiq tahu item mana yang harus beliau siapkan dahulu supaya boleh bantu Todak initiate dalam team fight di fasa early game

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Malefic Roar

Item seterusnya yang disiapkan oleh Ajiqtusok adalah Malefic Roar. Dengan adanya item ini, Aulus boleh dapatkan tambahan 60 Physical Attack & 35% Physical Penetration. Fungsi Malefic Roar adalah untuk musnahkan pertahanan hero Tank & Fighter yang kebal. 

Dengan Malefic Roar, Ajiqtusok boleh beri tambahan burst damage pada Aulus. Dan, apabila Malefic Roar sudah pun disediakan, tiada masalah untuk hero ini snowball di fasa awal permainan.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Tough Boots

Selepas Ajiqtusok dapatkan item tersakit Aulus, beliau mendapatkan Tough Boots untuk dimasukkan dalam item ketiga. Sebagai seorang Fighter, Tough Boots memang diperlukan (sama ada Tough Boots atau Warrior Boots). Pemilihan pergerakan (Boots) bergantung kepada pasukan lawan membawa hero yang macam mana.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Berserker’s Fury

Item ini adalah item kritikal yang akan membantu Aulus meningkatkan ‘critical hit’ melalui Physical Attack sebagai 5% selama 2 saat. Berserker’s Fury memang item yang sesuai jika seseorang itu memainkan Aulus sebagai Jungler. Hero Fighter ini sudah tersedia kuat, tetapi dengan adanya bantuan item, ia boleh capai kekuatan yang lebih lagi. Selain daripada memiliki Attack Speed yang baik, item ini juga boleh tingkatkan damage.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

War Axe

Dari semua item yang disenaraikan, War Axe adalah item yang paling wajib dilengkapkan. Pasif Aulus sedikit banyak sama dengan effect yang ada pada War Axe. Jadi, melengkapkan item ini akan mengandakan lagi bonus dari War Axe. 

War Axe sangat bagus ketika berhadapan dengan damage yang dikeluarkan oleh hero pihak lawan kerana ia membantu hero deal dengan damage yang dikeluarkan. Jadi, effect damage tersebut kepada Ajiqtusok tidaklah terlampau besar. Selain daripada itu, ia juga antara item yang mampu tingkatkan kelajuan Aulus. Jadi, susah untuk hero pihak lawan lari lebih-lebih lagi jika HP mereka hanya berbaki 35%.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Tidak dapat dinafikan, item yang disediakan oleh Ajiqtusok untuk meningkatkan lagi damage yang dikeluarkan oleh Aulus memang antara yang paling berkesan tambahan pula semua item tersebut adalah item Attack! Item tambahan yang dibawakan oleh beliau adalah Immortality untuk membantu beliau terus ada dalam permainan ketika menjadi sasaran. Item tambahan bergantung kepada hero pasukan lawan.

Tetapi 5 item utama yang dibawakan oleh Ajiqtusok; Windtalker, Malefic Roar,Tough Boots, Berserker’s Fury & War Axe adalah item yang membantu beliau dapatkan 11 mata penyingkiran! Memang terbaik! Adakah selepas ini jika pasukan lain berjumpa dengan pasukan Todak, Aulus akan menjadi hero pertama yang akan di ban oleh pasukan lawan?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *