MEMUAT

Taip untuk mencari

MLBB: Diggie dikenakan buff! Kembali dalam meta di Patch 1.6.58

atq_hyprgame
Kongsi

Hero support yang boleh dikatakan menjengkelkan telah kembali dalam meta Mobile Legends: Bang Bang selepas ianya menghadapi beberapa perubahan yang besar di Patch 1.6.58.

Dalam Patch 1.6.58, Diggie merupakan hero yang akan mengalami perubahan besar (buff). Ada beberapa hero lain yang juga melalui buff & nerf pada beberapa skill mereka. Antaranya adalah Valentina, Silvanna, Karrie, Gloo, Yin, Nana, Harith & lain-lain. Agak mengejutkan Diggie menerima perubahan besar dalam patch kali ini.

Sumber: MOONTON

Selain daripada peningkatan dari segi attribute yang ada pada Diggie, Skill 1 Timekeeper iaitu Auto Alarm Bomb telah dirombak secara drastik dengan mekanik yang berbeza. Berikut adalah semua yang anda perlu tahu tentang Diggie yang di-buff & dipertingkatkan dalam Patch 1.6.58.

Attribute

  • HP asas meningkat daripada 2351 kepada 2468
  • Physical Defense meningkat daripada 16 kepada 20

Skill 1 — Auto Alarm Bomb

  • Kerosakan Asas (Base Damage) menurun daripada 500-800 kepada 500-600
  • Magic Power Bonus menurun daripada 120% kepada 100%
  • Tidak lagi berjalan dengan caj, dengan tempoh CD yang dikurangkan
  • Kelewatan pengaktifan dikurangkan sedikit
  • Kesan baru: Diggie memperoleh 2 stack [Dangerous Sparks] setiap kali penggera burung hantunya mengenai hero musuh. Setiap stack akan tingkatkan kerosakan kemahiran (skill damage) sebanyak 1% (sehingga 60 stack). Diggie kehilangan separuh stack apabila mati, tetapi akan mendapat 1 stack Dangerous Sparks setiap kali kemahirannya mengenai hero musuh semasa dia berada dalam bentuk telur.

Ultimate — Time Journey

  • Shiled akan ditingkatkan dari 400-700 kepada 600-900

Seberapa kuat Timekeeper di dalam Patch 1.6.58? 

Diggie kini lebih sukar untuk dikeluarkan disebabkan oleh buff yang diterima oleh hero support ini terhadap HP &  pertahanan fizikal (Physical Defense).

Bagi Auto Alarm Bomb, kerosakan asas & magic power Diggie telah berkurang. Walaupun ini mungkin dilihatkan lebih sebagai nerf, tetapi pasif baru Diggie yang meningkatkan kerosakan bomnya sehingga 60% setiap kali dia memukul hero musuh dengan bom akan mengimbangi kerosakan dia yang berkurangan.

Peningkatan shield pada ultimate-nya, Time Journey, mungkin ia buff yang Timekeeper perlukan untuk muncul semula dalam meta. Buff Diggie pada kali ini sangat besar. Ia akan lebih berguna jika pemain tahu bagaiman untuk memainkan Diggie sebagai support. 

Sumber: MOONTON

Kelemahannya ialah pengurangan kerosakan asas & bonus magic power. Ini bermakna pemain tidak dapat membunuh hero squishy dengan serta-merta seperti sebelum ini. Diggie juga akan kehilangan separuh kerosakan yang terkumpul apabila mati.

Ini adalah disebabkan oleh pasif Skill 1 yang baru. Oleh itu, pemain mungkin perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Feeding Diggie Strategy yang terkenal jika pemain ingin menggunakan Auto Alarm Bomb yang telah melalui rework sepenuhnya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *