MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: Lylia, Esmeralda antara hero Mage yang paling menyerlah

atq_hyprgame
Kongsi

Selama 2 minggu regular season MPL Malaysia S9 berlangsung, Lylia & Esmeralda tidak dapat dinafikan antara hero mage yang paling menyerlah. 2 hero ini banyak kali dilihatkan berada di dalam draft pasukan MPL Malaysia S9. 

Esmeralda & Lylia merupakan antara barisan hero Mage yang sangat efektif untuk dibawa masuk. Seperti Esmeralda, kita banyak kali lihat bagaimana pemain MPL Malaysia S9 memainkan hero ini dengan sangat baik. Begitu juga dengan Lylia!

Emesralda — Mage/Tank; Regen/Mixed Damage

Kelebihan Esmeralda untuk menyerap shield pasukan lawan membuatkan dia antara hero mage yang berbaloi untuk diletakkan di dalam draft lebih-lebih lagi jika ada Paquito. Paquito merupakan salah satu hero yang boleh di counter oleh Esmeralda. Kalau 1V1, Esmeralda masih memiliki peratusan yang tinggi untuk memang. 

Hero Mage/Tank ini sangat fleksibel & rata-rata dari komuniti MLBB juga setuju. Esmeralda boleh menjadi tank dengan durabiliti yang baik, roamer atau mage yang baik dalam berhadapan dengan damage. Dalam perlawanan jarak dekat, memang Esmeralda memiliki kelebihan itu lebih-lebih lagi dengan kelebihan dia untuk serap shield.

Sumber: MOONTON

Lylia — Mage; Push/Damage

Bagi Lylia, hero ini bukan sahaja bertindak dalam memberi assist yang baik buat pasukannya tetapi dia juga mampu keluarkan damage yang agak besar terutama di fasa late game. Hero Mage ini berkemampuan untuk counter hero Marksman seperti Clint. 

Penggunaan Lylia bagi menjatuhkan hero Marksman, Clint pernah juga dibuat oleh salah satu pasuakn Filipina iaitu ONIC PH. Lylia di awal permainan sudah pun mendapatkan 2 skill & boleh lakukan poking damage. Hero ini boleh sekatkan pergerakan Marksman di Gold Lane. 

Lylia sebagai hero Mage; Push/Damage mampu keluarkan damage yang agak baik kepada Marksman di fasa early game kerana hero Marksman ketika early game mudah untuk dijatuhkan disebabkan oleh HP-nya yang tidak tebal. 

Sumber: MOONTON

Itu adalah 2 hero Mage yang paling menyerlah di MPL Malaysia S9. Penggunaan Lylia & Esmeralda di regular season sudah banyak kali dilihatkan. Mereka juga pernah di ban di dalam draft beberapa kali. Tetapi bilangan hero ini di ban tidak setinggi ia dipilih. Dalam 3 hari perlawanan berlangsung, memang kita akan lihat 2 hero ini dibawa masuk.

Sebagai pengguna hero Mage, memang ini adalah antara hero Mage yang memiliki fleksibilitinya yang tersendiri. Walaupun Lylia agak sukar dikuasai, ia tetapi menjadi salah satu hero Mage yang banyak membantu pasukan & pasti akan rekodkan assist yang tinggi. Untuk Esmeralda, dia adalah hero yang mudah dimainkan & dikuasai.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya